sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 26 April 2016

1MDB : Arul Kanda Buat Najib Pening Kepala


Arul Kanda mengaku wujud penipuan dalam 1MDB, rancang letak jawatan

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy membuat pengakuan wujud unsur penipuan membabitkan syarikat sarat hutang, ia selepas berkali-kali membuat penafian dan mempertahankan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Kemelut 1MDB dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS menyebabkan Arul Kanda terpaksa mengakui wujud unsur penipuan dalam syarikat tersebut.

IPIC, dalam pengumuman Bursa Saham London minggu lepas berkata ia dan anak syarikatnya itu tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.

Arul mendedahkan wujud percanggahan dengan wang bernilai US$3.5 bilion yang dibayar 1MDB kepada Aabar BVI (Aabar Investments PJS Ltd), syarikat yang mempunyai nama identikal sama dengan syarikat subsidiari IPIC, Aabar Investments PJS.

“Apa yang kita tidak boleh tolak terdapat sebenarnya kemungkinan berlaku penipuan… penipuan yang besar… dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihak sebelah kami sendiri,” kata Arul Kanda dalam satu wawancara bersama akhbar kewangan baru-baru ini.

Berikut petikan dalam bahasa Inggeris, “As to the US$3.5 billion worth of payments that 1MDB made to Aabar BVI (Aabar Investments PJS Ltd), the company with the near identical name to IPIC’s subsidiary Aabar Investments PJS, Arul said: “What we cannot discount is there could actually be fraud…a massive fraud…and maybe there was collaboration from our side”.

Beliau juga mendedahkan mengenai pengumuman IPIC yang mengatakan mereka bukan pemilik Aabar BVI walaupun sebenarnya keingkaran (default) membayar hutang sudah berlaku sejak Disember 2015.

“Ia sepatutnya diumumkan dengan cepat selepas keingkaran tersebut kerana ia sejumlah wang yang besar. Mengapa tunggu hingga April untuk mengatakan kamu bukan pemilik Aabar BVI,” katanya.

Berikut petikan dalam bahasa Inggeris:

“There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: “actually, we were in default since December”. But he questioned why IPIC waited until now to make the announcement.

“It should have been made immediately after the default as it’s a large amount. Why wait until April to say you don’t own Aabar BVI?”.

Arul Kanda juga membuat luahan mengenai hasratnya untuk meletak jawatan dan mendakwa tugas yang dijalankannya melampaui daripada yang sepatutnya dilakukan beliau.

Akhbar berpengkalan di Amerika Syarikat, Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat melaporkan jika US$ 1.75 bilion bon, yang dikeluarkan 1MDB Energy (Langat) Ltd, akhirnya diisytiharkan ingkar, ia akan memberi kesan kepada hutang terkumpul dan kedudukan mata wang Malaysia. – 24 April, 2016.

http://www.themalaysianmirror.com

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive