sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 25 March 2016

TV3 Putar Belit Kenyataan TMJ - Jemaah DiRaja Johor


Baru-baru ini rakyat dipertontonkan di TV3 dengan berita fitnah kononnya Tunku Mahkota Johor telah menyelar Tun Mahathir dengan menyifatkan Tun Mahathir sebagai 'Gila Kuasa'. 

Berita fitnah oleh TV3 ini bukan sahaja untuk memburukkan Tun Mahathir malah mereka cuba untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap Tunku Mahkota Johor sendiri yang sebelum ini dilihat banyak menegur pentadbiran Najib. 

Dikhabarkan Buletin Utama dikawal oleh pentadbiran Najib dan cara mereka memutarbelitkan cerita adalah satu perkara yang jijik dan kotor bagi memburukkan seseorang yang mereka tidak suka. 


JANGAN PUTARBELITKAN KENYATAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Saya menarik perhatian kepada berita TV3 pada 23 Mac 2016 dan memaklumkan semoga kecelaruan ini tidak berlarutan sebagaimana yang disampaikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semalam yang telah diputarbelitkan.

Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda yang utama sekali adalah berkenaan tidak mahu sejarah hitam 1992 berulang kembali. 


DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak pernah meletakkan pendiriannya untuk memihak kepada mana mana pihak atau menghentam mana mana pihak. 

Kenyataan tersebut adalah untuk mengingatkan pemimpin yang memegang jawatan supaya sentiasa berkhidmat dengan jujur dan telus untuk rakyat. Tumpuan seharusnya untuk negara ini terus maju ke hadapan. 

Baginda mahukan agar Bangsa Johor sentiasa bersatu demi mengekalkan perpaduan antara semua kaum.

Terdapat isu tanahair yang lebih besar perlu ditangani segera dan bukannya menjadikan kenyataan dari DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai pengalih perhatian daripada isu tersebut.

Dato Haji Abd. Rahim bin Ramli
Yang DiPertua Jumaah Diraja Johor


Melalui kenyataan dari Jemaah DiRaja Johor yang di keluarkan di Facebook Rasmi Johor Southern Tigers ternyata rakyat Johor rata-rata marah dengan fitnah TV3 terhadap TMJ dan Tun Mahathir. 

Kebanyakkan mereka mencela TV3 yang dikawal oleh Pentadbiran Najib.


3 comments:

Unknown said...

SIAPA yang putarbelit..............?????
Bukankah TMJ sendiri yang tulis dalam facebuk dia,
"Saya masih ingat 'Sejarah Hitam' pada tahun 1992......"
Dia sendiri bukak Pandora Box, nak buat macam mana
kalau orang lain pun ingat kejadian Private Adam
mengamuk dalam tahun 1992 dan anak Gomez pun ingat
bapak dia balik dengan matanya hitam lebam.....KIHKIH.
Tulah....lain kali, kalau nak bernostalgia kisah
dulu-dulu, kenalah INGAT-INGAT.
Kalau awak ingat, ada beribu orang lain pun INGAT
juga. Bila dah terperangkap, mula nak salahkan
orang putarbelit.
Apa yang dia ingat tu sangat jelas dan terang.
Tak perlu diputarbelikan lagi......HEHEHE

Unknown said...

1992 menteri pertahanan siapa ya kalau bukan najib.dan kes adam mengaamuk sebab tekanan dgn senior2 atasan sampai tekanan.siapa x tertekan kalau d paksa lakukan sex oral dgn senior

Anonymous said...

Sex oral.............KIHKIHKIH.
Ini cerita yang diada-adakan, to cover up
the real incident.
Cerita sebenarnya, adiknya dihempok dengan kayu golf
sampai mati hanya kerana tertawa melihat bola golf
tak masuk lobang.
Lu pikirlah, SIAPA yang hempok budak tu sampai
abangnya mengamok di Chow Kit.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive