sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 19 April 2015

Sokong PM, Sokong MB Kedah , Hormat Tun M - Umno Kedah



Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut Adun-adun dan Ketua Bahagian bersetuju agar Dato Seri Hj Mukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Mereka juga bersetuju sebulat suara membatalkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan dijadualkan pada 24hb ini.

Malah Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap, menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pepecahan didalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia pada pimpinan YAB Tuan Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Segala keputusan itu telah dicapai oleh persetujuan dan konsesus bersama, beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri mewakili semua, mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO negeri Kedah, rakan-rakan Adun dan Ketua Bahagian negeri Kedah.

Mesyuarat khas UMNO negeri sebentar tadi, diadakan di Seri Mentaloon dihadiri hampir semua Adun dan KB, hanya 3 daripada adun tidak hadir tetapi menghantar wakil, sama juga dengan adanya 3 Ketua Bahagian tidak dapat hadir, namun menghantar wakil bagi membuat persetujuan bersama.

#Kedah #MMFC #UMNOKedah #KedahSerataRata

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive