sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 22 January 2015

Video Zamani Slam , Polis Biadap , Ketua Polis Negara Harus Bertanggungjawab


Aku tidak terkejut jika berita sebelum ini tentang penyanyi Kumpulan Slam, Zamani ditahan kerana memiliki dadah dan menjadi penagih dadah sejak 10 tahun lalu. Apa yang mengenjutkan aku adalah sebaran video Zamani dipaksa menyanyi sewaktu dalam tahanan pihak Polis. 

Rakaman mengaibkan ini terlalu berat untuk diterima akal dan inikah SOP Polis ?? Sebarkan video seseorang pesalah ?? wahh berat kes ni. Reputasi PDRM tercalar dengan kelakuan pegawai Polis yang merakam dan menyebarkan video ini. 


Dibawah ni aku petik dari astro awani riaksi rakan-rakan artis penyanyi ini dan juga orang ramai yang berang dengan sebaran video ini. 




Aku percaya seluruh rakan-rakan, peminat dan juga orang ramai begitu marah dan kecewa sebaran ini dilakukan oleh pegawai Polis yang aku boleh katakan bodoh kerana perangai kurang ajar dan biadanya boleh merosakkan nama PDRM sendiri. 

Aku rasa yang paling pening waktu ini adalah Ketua Polis Negara sendiri. Apapun Khalid harus bertanggungjawab atas perkara ini kerana yang melakukan kesalahan adalah pegawai bawahannya. 

Khalid harus bertindak cepat bagi memastikan pegawai yang merakam dan menyebarkan ini akan diambil tindakkan tegas supaya perkara seperti ini tidak berulang, 

Aku juga berharap pihak syarikat rakaman ataupun persatuan artis boleh melantik peguam untuk tindakkan menyaman PDRM supaya kes seperti ini tidak berulang kepada orang lain. 

Bagi aku kesalahan Zamani tetap salah TETAPI mengAIBkan beliau adalah lagi salah dan tidak berakal !!! 



* aku masih percaya kepiminan KBAB dalam PDRM 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive