sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 10 January 2015

UMNO Sik Hargai Anak-anak Pelajar Cemerlang UPSR Daerah Sik



Kemarin bertemat di Dewan Umno Bahagian Sik, Satu Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR 2014 daerah Sik telah  di sempurnakan oleh Yb Datuk Mohd Tajudin Abdullah, selaku Ketua Bahagian Umno Sik, Adun Belantek dan juga Exco Kerajaan negeri Kedah. 

Turut hadir Pegawai PPD Baling/Sik, majlis ini adalah anjuran Pejabat Umno bahagian Sik bagi menghargai anak-anak Sik yang berjaya dalam UPSR tahun lepas. Menurut Datuk Tajuddin sendiri , beliau akan berusaha untuk memberi kerjasama yang baik untuk penduduk daerah Sik agar anak-anak Sik terus berjaya dalam pendidikan. 

Beliau telah memberi peruntukkan kepada daerah sik sebanyak  Rm 20.000 setahun untuk membuat kelas-kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar disini dan berharap agar guru-guru berusaha keras bagi merialisasikan harapan kerajaan negeri untuk menduduki 5 negeri terbaik dalam pendidikan. 

Bagi penulis, sepatutnya semua daerah di Kedah ini harus mengikuti dan melakukan seperti yang Umno Sik dan juga Datuk Tajuddin lakukan di Sik, terus berusaha untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik bukan hanya memilih bulu sahaja untuk dibantu. 

Yb Datuk Tajuddin juga mempunyai pelan ataupun jadual untuk turun selalu di setiap kampung di daerah ini. Inilah yang diharapkan oleh penduduk. Ada disesetengah tempat penulis dengar sendiri yang penduduk mula bersuara dan bertanya dimana pemimpin yang mereka pilih , sebelum pilihan raya selalu nampak muka turun kampung , lepas pilihan raya , bau pun tak jumpa. 


Sebelum itu, di sebelah pagi , YB Datuk Tajuddin bersama Datuk Md Rozai Safian telah merasmikan pelepasan konvoi bantuan banjir Pemuda Umno Negeri Kedah dan Skuad Sukarelawan Kedah Aman Makmur untuk berlepas ke Kelantan. 



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive