sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 1 January 2015

#QZ8501 : Kapal Malaysia Temui Empat Mayat Pesawat AirAsia Indonesia



KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, hari ini.

Ini menjadikan jumlah mayat yang dijumpai oleh kapal Malaysia kepada empat, iaitu termasuk satu mayat yang dijumpai oleh KD Lekir pada pukul 9 pagi.

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.


#QZ8501: At 1630H, KD Pahang, in Sector 1, found 3 bodies of victims, floating at sea. She is in the process of recovering them.— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy)December 31, 2014

#QZ8501: Gambar menunjukkan mayat yg dijumpai oleh KD Lekir telah dinaikkan ke atas Kapal tersebut.pic.twitter.com/3vwcqpw4RT— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy)December 31, 2014


"Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya.

Dengan penemuan itu, sudah 10 mayat mangsa pesawat berkenaan ditemui pasukan pencari dan penyelamat yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 149 orang, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).

Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.

Selain tiga kapal TLDM iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang dilengkapi helikopter jenis Fennec, Malaysia juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu C-130, CN235 dan Beechcraft, untuk menyertai operasi mencari pesawat malang berkenaan sejak Isnin lepas.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive