sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 23 January 2015

POLIS Kenal pasti Pagawai Yang Rakam Dan Sebar Video Zamani



KUALA LUMPUR: Pihak polis telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab merakam serta menyebarkan klip video seorang penyanyi yang disyaki terlibat dadah ketika ditahan di dalam lokap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dalam satu kenyataan menyebut bahawa siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteruskan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang turut terlibat dalam menyebarkan video berkenaan.

“Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dalaman daripada segi salah laku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Selangor,” kata kenyataan itu.

Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa dan tindakan dalaman mengikut peraturan tata tertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu memaparkan penyanyi utama kumpulan Slam, Zamani, diminta menyanyikan lagu hitnya ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari.

Video tersebut telah dimuat naik di sosial media dan menjadi viral, seterusnya mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Ia susulan laporan seorang penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Keramat kerana dipercayai positif dadah pada Rabu.


kredit astro awani

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive