sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 1 January 2015

Misi Bantuan Banjir Felda Wilayah Utara Dilepaskan Datuk Tajuddin Abdullah


Semalam majlis pelancaran bantuan untuk mangsa banjir dari Felda wilayah utara. Felda menyumbangkan barangan makanan dan keperluan mangsa banjir.

Pelancaran ini dibuat oleh Exco Kemajuan luar bandar Kedah Datuk Tajudin Abdullah di hotel Seri Malaysia Alor Setar.

Usaha Felda ini selaras dengan usaha kerajaan Kedah yang juga sedang gigih mengumpul bantuan dari setiap pihak dan UMNO bahagian di negeri ini.

Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mengarahkan UMNO Kedah supaya menyediakan one stop center di Sri Mentaloon untuk mengumpul barangan bantuan dari semua pihak dan akan menghantar bantuan tersebut secara berperingkat.

Barangan tersebut akan diserahkan kepada negeri yang memerlukan bantuan mengikut saluran masing-masing supaya ianya dapat disalurkan kepada mangsa bencana banjir yang memerlukan.




Sebelum itu , Yb Datuk Tajuddin telah menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR kepada 33 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak warga Felda dan pelajar yang bersekolah di rancangan Felda. 

Untuk anugerah kepada PT3 terbaik, seramai 22 pelajar menerima anugerah, mereka terdiri daripada anak-anak warga Felda. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive