sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 5 January 2015

#BanjirMove : Video Gambar @AzwanBro Dan Sukarelawan Redah Banjir #DUNKgGajah



Seperti yang kita sedia maklum, banjir yang melanda negeri Perak kali ini merupakan banjir yang paling buruk dan menjejaskan banyak penempatan penduduk di sepanjang tebing Sungai Perak termasuk Kampung Gajah.

Ribuan mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan oleh kerajaan dibawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun, disebalik jumlah besar mereka yang dipindahkan, masih ramai mangsa banjir yang menolak tawaran untuk berpindah ke pusat-pusat pemindahan khususnya mereka yang memiliki kediaman tingkat atas yang tidak dinaiki air.

Mereka yang berdegil untuk menginap di rumah masing-masing di kawasan terjejas banjir ini terpaksa menanggung pelbagai risiko, samada kehabisan bekalan makanan mahupun rawatan kesihatan apabila kawasan tersebut terputus hubungan akibat jalanraya ditenggelami arus deras serta tiada liputan rangkaian telefon.

Prihatin dan bimbang dengan nasib mereka, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) melancarkan misi bantuan banjir khusus untuk mangsa banjir yang tidak berpindah sekitar DUn Kg Gajah, Khamis lalu.


Pengerusinya, Khairul Azwan Harun bersama sukarelawan Squad Banjir YTPS sanggup meredah air untuk mengunjungi rumah mangsa dengan tujuan memastikan mereka berada didalam keadaan baik dan sihat seterusnya menyampaikan bantuan bekalan makanan.

Antara kampung yang sempat dikunjungi adalah Teluk Memali, Pulau Besar, Pulau Juar, Pulau gajah, Kampung Teluk, Bendang Besar dan Selat Pulau.

YTPS memperuntukan 200 beg berisi beras, gula, minyak masak, biskut, teh, kopi, sardin, lilin dan susu. Selain itu, 3000 buah epal untuk diberi kepada mangsa banjir termasuk mereka yang menginap di pusat pemindahan.

Azwan yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama sukarelawan YTPS turut berkesempatan menziarahi 2 pusat pemindahan iaitu PPS SK Dato' Yahaya Subban dan PPS Pusat Latihan UiTM Sg Galah, Kampung Gajah.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Yahaya Subban, Chenderong Balai menempatkan 222 orang dari 56 keluarga mangsa banjir terdiri dari penduduk Kampung Permatang Pelanduk dan Pulau Besar.

Manakala PPS Pusat Latihan UiTM, Sungai Galah menempatkan 954 orang dari 240 keluarga mangsa banjir sekitar kawasan Kampung Gajah.

Dalam kunjungan kedua-dua pusat pemindahan tersebut, selain menyantuni mangsa-mangsa banjir beliau turut menyerahkan selimut dan buah epal sumbangan YTPS kepada pihak penyelaras untuk diagihkan kepada mangsa di pusat berkenaan.

Sebelum ini, Penaung YTPS YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dan Timbalan Pengerusinya Ramelle Ashram Tan Sri Ramli secara berasingan turut mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir kepada penduduk Kg Pulau Tiga Kanan serta Kg Pasir Salak


Dari BLOG YOPPASIRSALAK

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive