sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 6 January 2015

#BanjirMove : NKP @azwanbro & Sukarelawan Turun Kelantan #PascaBanjir



Malam tadi, pasukan sukarelawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tiba di negeri Kelantan Darul Naim untuk misi bantuan pasca banjir mereka.



Misi yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang sekitar jam 9.30 malam dan terus melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.

Kita semua maklum banjir di kebanyakan lokasi di Kelantan telahpun surut, namun bagi mangsa-mangsa yang mana kediaman mereka musnah akibat banjir yang direkodkan paling buruk pernah melanda , mereka terpaksa menetap untuk sementara di pusat pemindahan banjir ini.




Semasa di sana Azwan menyampaikan sumbangan bantuan makanan serta set alat tulis kepada anak-anak mangsa yang akan memulakan persekolahan mereka 11 Januari depan.


Seterusnya, beliau bersama sukarelawan menziarahi kediaman penduduk kampung, bagi meninjau dan menentukan gerak kerja pembersihan yang akan mereka lakukan nanti.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang Sheikh Razali Sheikh Hamad turut meluangkan masa menyambut kedatangan Azwan dan pasukan sukarelawan.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive