sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 17 December 2014

Dewan Ulama PAS Bedal DAP @cmlimguaneng



Nampaknya Dewan Ulama Pas sahaja yang berani buka mulut menghentam sikap biadap DAP yang berterusan mempertikaikan dasar Pas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan sehingga menyebabkan keretakan hubungan antara pe­mimpin dalam pakatan rakyat.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan DAP menolak pelaksanaan itu merupakan serangan berangkai ke atas Pas yang berlarutan sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor tercetus beberapa bulan lalu.

Tegasnya, respons daripada pemimpin Pas untuk mempertahankan parti tidak boleh dielakkan, jus­teru pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya lebih berhemah dalam setiap kenyataan melibatkan dasar Pas.

“Menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk hukum hudud adalah sebahagian perjuangan Pas yang tidak boleh tawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh Pas di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada 2002, jauh sebelum wujudnya pakatan pembangkang selepas 2008.

“Menjadi hak Pas untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti Islam dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah orang Islam sahaja melalui Mahkamah Syariah melainkan jika bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka prinsip perundangan mutatis mutandis (perubahan-perubahan yang diperlukan atau penting),” katanya

Beliau mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mohd. Khairuddin berkata, Pas sentiasa menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan serta tidak bersetuju, namun sikap DAP berterusan mempertikai Pas adalah merupakan cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive