sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 29 November 2014

PANAS !! KENYATAAN FARHANA KULN BIADAP DAN KURANG AJAR !!! (VIDEO) #PAU2014


Kenyataan biadap daripada Wakil Kelab Umno Luar Negara (KULN) mengenai BLOGGER UMNO yang lambat mempertahankan Rosmah dari di serang oleh blogger/facwbookers pembangkang ternyata mencabar kesabaran penggiat maya pro Bn.

Mungkin nak tunjuk dia hebat berhujah di depan pemimpin-pemimpin negara hingga sanggup menyalahkan blogger/facebooker pro BN. Baguih sangat ka minah ni sampai nak hentam orang lain yang bersengkang mata siang malam demi menjaga pemimpin negara dari di serang di media maya !!



Bagi aku kenyataan budak mentah ni sangat biadap dan kurang ajar dan juga berniat jahat terhadap penggiat media sosial pro BN. 

Farhanan dalam ucapannya menyalahkan blogger Umno kerana lambat membalas dakyah dan berita palsu yang dilemparkan oleh blogger-blogger parti pembangkang.

Menyalahkan blogger Umno gagal mempertahankan Rosmah merupakan satu tuduhan berat dan berniat jahat apatahlagi menyebutnya secara umum (blogger Umno) tanpa menyatakan secara khusus sasaaran sebenar tuduhan tersebut.

Friday 28 November 2014

#PAU2014 : BERSATULAH BANGSA MELAYU



Bersatulah bangsa Melayu

Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal. Punca utama adalah perbezaan fahaman politik. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada di bandar mahupun di kampung. Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri.

Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.

Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.

Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.

Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada di masjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.

Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.

Paparan Video 13 Mei Meruntun Jiwa Perwakilan #PAU2014



Sedutan video Peristiwa 13 Mei, titik hitam dalam sejarah negara yang ditayangkan ketika ucapan dasar Presiden UMNO, meruntun jiwa seluruh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen negara, pastinya mengimbas kembali memori pahit seluruh rakyat Malaysia.

Beberapa golongan veteran ketika ditemui di sini turut melahirkan rasa sedih dan yakin seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini, pastinya tidak mahu peristiwa hitam itu berulang.

Osman Khamis, 62, dari Ledang, Johor, berkata beliau berasa sedih apabila menonton tayangan video itu dan berharap ia akan membuka mata serta menyedarkan masyarakat terutama ahli UMNO mengenai kepentingan bersatu padu.

"Ia satu peristiwa yang sesiapa pun, apa kaum pun, tak mahu ulangi, walaupun tayangan itu sekejap sahaja. Pakcik harap ia beri kesedaran pada semua, jangan kita bergaduh dan berbalah," katanya kepada BERNAMA.

Video bertemakan 'Solidariti Melayu dan Bumiputera, Solidariti UMNO, Solidariti Malaysia', bukan sahaja membuatkan perwakilan sebak, malah orang awam yang menyaksikan siaran itu di luar dewan, turut sebak dan mengalir air mata.

Osman, ahli UMNO seumur hidup dan hadir setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, turut melahirkan rasa gembira apabila perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan 1948 dikekalkan.

Jaharah Saudin, 69, dari Bukit Sireh, Melaka pula berkata Peristiwa 13 Mei masih segar dalam ingatannya yang ketika itu berusia 24 tahun.

#PAU2014 : AKTA HASUTAN DAN JAMINAN NAJIB


Hari ini bergema dewan di PWTC apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Ramai yang tidak mahu Datuk Seri Najib mansuhkan akta ini kerana negara makin lemah dari segi undang-undang akibat pemansuhan akta ISA. 

Perdana Menteri turut menegaskan, akta itu akan ditambah baik dengan memasukkan dua peruntukan khas iaitu melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain tidak dibenarkan disentuh.

Dalam masa sama tambah Najib, akta itu juga akan diperkuatkan dengan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Semoga dengan jaminan ini kita semua dan seluruh rakyat Malaysia akan berasa lebih aman dan tenang tanpa provokasi melampau baik dari pelampau politik mahupun agama. 

Nak jaga manusia ni bukan senang , jika longgar undang-undang kita maka naik tocanglah manusia ni. Tahniah Datuk Seri Najib kerana sudi dengar suara akar umbi bukan suara puak Pakatan tu.

Thursday 27 November 2014

#Pau2015 : Tubuh Majlis Amanah Pelihara Tanah Rizab Melayu @khairykj @azwanbro



Pemuda mencadangkan Majlis Amanah Tanah Melayu yang melibatkan semua negeri diwujudkan bagi melindungi tanah rizab Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tugas majlis amanah ini pula tidak tertakluk kepada hanya melindungi tanah rizab Melayu namun harus turut memastikan pembangunannya.

"Pemuda tidak akan sama sekali berdiam diri dalam hal ini, kita akan membawa isu ini untuk ke pentas nasional dan menggesa agar Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri dikuatkuasakan sepenuhnya.

"Kita harus semak semula senarai tanah rizab yang diwarta keluar dan memastikan tanah-tanah tersebut digantikan dengan segera. Jangan sampai hak kita di bumi ini terus-terusan dicabuli oleh mereka yang tak berrtanggungjawab.

"Apa guna jadi orang bertanah, jika tak dapat menggandakan nilai untuk bangsa nusantara sendiri,"
katanya semasa Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelas Khairy, Pemuda harus mencari penyelesaian segera bagi memastikan hak yang termaktub dalam enakmen sejak 1914, juga wasiat Raja-Raja Melayu, tak tergadai.

PANGGILAN 'KETUM' PANASKAN SIDANG DUN SELANGOR



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias merujuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Awnar Ibrahim sebagai 'Ketum'.

Kenyataan Shamsudin yang merujuk 'ketum' sebagai Ketua Umum mendapat reaksi negatif daripada majoriti ADUN Pakatan Rakyat (PR).

"Kenapa Sungai Burong ketawa selepas sebut 'ketum'? Minta tarik balik," kata Adun Kota Anggerik (PKR) Yaakob Sapari.

"Ketum itu ringkasnya Ketua Umum. Kalau ada fikiran yang herot yang jahat itu saya tak masuk campur," kata Shamsudin menjawab.

#Pau2014 : Jangan Sesekali 'Swastakan' Perjuangan Membela Melayu - @azwanbro



Ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam , Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia , Khairul Azwan Harun mengingatkan semua ahli Pergerakan Pemuda Umno agar tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ahli UMNO dan orang Melayu, rakyat majoriti negara kita.

"Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri semalam apabila UMNO dilihat begitu lemah dan dipayungi oleh NGO radikal yang seolah-olah kita tidak ada langsung peranan dan tanggungjawab, bukankah selama ini kita mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan untung nasib orang Melayu di negara kita.

Wednesday 26 November 2014

#PAU2014 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bumiputera Masih Rendah Berbanding Kaum Cina Dan Kaum India



Malaysia memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan ekonomi disertai dengan pengagihan kekayaan yang saksama, kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ketidaksaksamaan dalam masyarakat ketika ini agak menggerunkan dengan kedudukan ekonomi orang Melayu masih meruncing selain berdepan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi mereka.

“Kita (Orang Melayu) bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera.

Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju,” katanya berucap merasmikan perhimpunan agung serentak sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini, hari ini.

HOT NEWS : PEGUAM SYARIE HANYA UNTUK ORANG ISLAM #Kedah



Peguam syarie yang beragama Islam sahaja dibenarkan berkhidmat di Mahkamah Syariah di Kedah, apabila pindaan Seksyen 46, Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman)(Pindaan) 2014, diwartakan kelak.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pindaan ini adalah langkah proaktif kerajaan negeri untuk mengelak insiden seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan berulang di negeri ini, apabila bukan Islam memohon untuk bergelar peguam syarie.

“Pada persidangan Dun yang berakhir Rabu lalu, pindaan dibuat pada Seksyen 46(1)(3)(a) dan (b); (4) dan perenggan baru 46 (3)(c); bagi memperjelas Peguam Syarie hendaklah terdiri daripada orang Islam sahaja, dan pegawai syariah dalam perkhidmatan awam persekutuan dan negeri boleh diterima beramal di Mahkamah Syariah,” katanya.

Menurutnya, pindaan itu ialah dengan memasukkan selepas perkataan ‘mana mana orang’, dengan perkataan ‘Islam’, agar hanya peguam yang beragama Islam layak beramal di negeri ini.

Tuesday 25 November 2014

HOT NEWS : ' HEBAT SANGATKAH ADNAN ' MAKAN DIRI



MB Pahang Tuntut Utusan Malaysia Mohon Maaf Atau Berdepan Saman RM15 Juta

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menghantar surat tuntutan kepada Utusan Malaysia untuk meminta maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM15 juta.

Adnan memberi tempoh dua minggu kepada Utusan untuk membuat permohonan maaf bermula 18 November lalu.

Ia ekoran artikel terhadap komennya mengenai masalah tanah runtuh di Cameron Highlands yang telah disiarkan dalam dalam akhbar itu dan edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ dalam ruangan Awang Selamat yang disiarkan pada 9 November lalu.

Monday 24 November 2014

Diari Abe Ku : Majlis Berkhatan Dan Bertindik Parlimen Besut Meriah @TengkuZaihan







PEMENANG REKA JERSEY SKUAD LANG MERAH DI UMUM




YAB DS Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang pemenang reka cipta jersey pasukan bola sepak Kedah #LangMerah bagi musim 2015.

Pemenang diundi mengikut jumlah like di FB KFA dan dinilai oleh jawatankuasa pemilihan KFA.

Cara undian sebegini lebih terbuka.

Jersey yang dipilih juga memang menarik perhatian, malah design lain dari yang lain.

Panas !!! DAP Lancar Protes Senyap Untuk Ajar PAS



DAP secara senyap melancarkan protes terhadap rakan komponen Pakatan Rakyatnya, PAS dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran sering kali bercanggah pendapat dalam keputusan bersama pakatan.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, PAS perlu membuka mata setelah protes DAP mencalonkan ahli dari partinya bagi jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor ekoran kekecewaan parti tersebut terhadap PAS.

"Ini tanda protes senyap kepada PAS terhadap peranannya dan protes terhadap isu Hadi yang sering tidak hadir mesyuarat," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa awal pentadbirannya berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker Selangor kepada Adun PAS, sebagai ganti kerusi exco PAS yang kurang menjadi tiga berbanding empat semasa pentadbiran di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdahulu.

Namun, DAP pagi tadi mencalonkan nama Ng manakala PAS mencalonkan Adun Bangi Shafie Ngah.

Shafie akhirnya memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.

Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru.

ISU BAKAR QURAN DI TOKONG , KENYATAAN MEDIA DARI MENTERI BESAR





Sunday 23 November 2014

TUDIA !!! SENARAI TERKINI SKUAD LANG MERAH 2015 !! MAI SAT TENGOK !!! @MukhrizMahathir #KFA #LangMerah



[Kemaskini 21.11.2014,14 hari lagi sebelum tarikh tutup pendaftaran]


JURULATIH: TAN CHENG HOE

PENOLONG JURULATIH: IAN ANDREW GILLAN

JURULATIH GK: ABDUL TALIB SAIDI PENJAGA GOL

1. ABD HADI ABD HAMID (SAH BERSAMA KFA)
2. MOHD SYAZWAN ABDULLAH (MASIH BERKONTRAK)
3. -pemain tempatan- PERTAHANAN
4. MOHD RIZAL GHAZALI (SAH BERSAMA KFA)
5. KHAIRUL HELMI JOHARI (SAH BERSAMA KFA)
6. SHAFIZAN HASHIM (SAH BERSAMA KFA)
7. P. RAGESH (SAH BERSAMA KFA)
8. MOHD SABREE MAT ABU (SAH BERSAMA KFA)
9. HENRY LEW (SAH BERSAMA KFA)
10. MOHD FIQKRY MAT ISA (MASIH BERKONTRAK)
11.-pemain import-(Kenya) TENGAH
12. SYAZWAN TAJUDIN (SAH BERSAMA KFA)
13. SHAZUAN ASYRAF MATTHEWS (SAH BERSAMA KFA)
14. MUHD FARHAN ROSLAN (SAH BERSAMA KFA)
15. SOLIHIN KANASIAN ABDULLAH (SAH BERSAMA KFA)
16. BADDROL BAKHTIAR (SAH BERSAMA KFA)
17. MOHD SYAMIM ALIFF MOHD SOBRI (MASIH BERKONTRAK)
18. MOHD HANIF MATDZAHIR (SAH BERSAMA KFA)
19. MOHD SYAZWAN ZAINON (MASIH BERKONTRAK)
20. -pemain tempatan-
21. -pemain import-(Jepun) PENYERANG
22. MUHD SYAFIQ AHMAD (SAH BERSAMA KFA)
23.AHMAD SHAKIR MOHD ALI (SAH BERSAMA KFA)
24.-pemain import-(Liberia)
25.-pemain import-(Nigeria)

Pengurusan dalam proses mendapatkan beberapa pemain tempatan bagi mengisi posisi TENGAH dan PENJAGA GOL yang beraksi dari pasukan lain dan masih menunggu keputusan pelepasan pemain tersebut dari kelab tersebut, jika mendapat kelulusan dan akan dimaklumkan sejurus ada pengesahan.

Pemain import DISAHKAN oleh pengurus pasukan, Dato' Jeffrey Low Han Chow dalam dialog pertemuan dengan peminat semalam seperti berikut: Nama tidak dapat didedahkan buat mas aini kerana belum tandatangan kontrak. Pemain IMPORT dari Liberia, Kenya, Nigeria dan Jepun dan berumur 20, 25, 27 dan 30 tahun.

Wednesday 19 November 2014

#SidangDunKedah : Kerajaan Berhasrat Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik - Exco Perumahan



Kerajaan Hasrat Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik..

Pergulungan Adun Kuala Nerang.

Kerajaan Negeri mensasarkan 6 ribu unit rumah mampu milik dibina setiap tahun. Hinggalah hasrat atau matlamat kerajaan negeri iaitu sebanyak 40 ribu buah rumah dibina di negeri Kedah.

Kerajaan Kedah telah dipersetujui untuk melaksanakan projek perumahan awam 1 Malaysia (PPA1M) yang pertama di negeri ini. Ini hasil perbincangan YAB MB Kedah dengan kerajaan pusat.

Malahan kerajaan pusat sudah pun meluluskan perumahan tersebut, hasilnya PPA1M akan dibina Bukit Pinang.

YB Badrol juga menyentuh perkara berkaitan dengan flat Seri Gemilang. Kerja memperbaiki dan lanskap. Bila ianya siap, ianya bakal berwajah berwajah baru.

Bercakap tentang dasar perumahan negeri. Kerajaan negeri lebih memberi penekanan terhadap rumah mampu milik. Ini kerana kerajaan banyak membina rumah seperti ini untuk keperluan asas rakyat.

PANAS !! PAS ALUKAN DAP KELUAR PAKATAN




Pas mengalu-alukan hasrat DAP untuk ‘angkat kaki’ sekiranya tidak senang dengan kehadiran ‘rakan’ lain dalam pakatan pembangkang.

Sambil mengingatkan DAP tidak mencampuri urusan dalaman Pas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan 1, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu mencari jalan dengan menggunakan ‘isu kecil’ sebagai usaha menyingkirkan Pas daripada pakatan pembangkang.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar pakatan, keluarlah. Jangan desak Pas untuk keluar pakatan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan turut ‘menyimbah minyak ke api’ apabila menegaskan Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan agenda pembangunan pakatan pembangkang dapat dilaksanakan.

PANAS !! Cina Samseng Ditahan Polis Kes Pembuli Jalan



PETALING JAYA 19 Nov - Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.

"Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam (Isnin) telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.

'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial.

Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia menetap di Subang Jaya dan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV).

Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya.

Tuesday 18 November 2014

PANAS !!! BLOG PAPA GOMO MILIK ANWAR ??




Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.

Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.

Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?

"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).

"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.

Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.

Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.

"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.

Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.

#BajetKedah2015 : RM18 Juta Untuk Program Dan Strategi Dan Manfaat Kepada 340 Ribu Pelajar Kedah @MukhrizMahathir



Dalam bajet yang lalu, kita telah meletakkan sasaran untuk berada pada kedudukan lima terbaik dalam pencapaian peperiksaan utama persekolahan. Oleh itu, kerajaan tetap komited bagi merangka program pendidikan dalam usaha meletakkan Negeri Kedah di tempat teratas. Dengan sebab itulah, pada tahun 2015, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM18 jutasebagai permulaan bagi menyediakan pelbagai program dan strategi untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi akademik. Kerajaan menjangka program pendidikan ini akan dapat memanfaatkan sekurang-kurangnya 340 ribu pelajar di seluruh Negeri Kedah. Pelaburan yang besar ini akhirnya akan dapat membantu menempatkan tenaga kerja di pelbagai sektor yang telah diletak sebagai projek-projek keutamaan negeri.

Pada bulan September yang lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mencapai persetujuan untuk menyerahkan 10 buah Maktab Mahmud sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Persekutuan (SABK) mulai tahun 2015. Namun begitu, Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab dalam pembayaran emolumen guru-guru yang terlibat sehingga proses pengambilalihan itu selesai. Peruntukan sebanyak RM45 juta didahulukan bagi melunaskan pembayaran emolumen kepada guru-guru yang terlibat dengan pengambilalihan ini. Pendahuluan ini akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016 setelah tanggungjawab ini diambilalih sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan juga ingin melihat lebih banyak interaksi positif berlaku di antara sekolah-sekolah pelbagai aliran agar dapat memupuk hubungan yang lebih baik. Sekolah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Cina (Persendirian) dan lain-lain akan disatukan dalam beberapa acara integrasi bagi tujuan ini. Peruntukan untuk program seperti ini akan disalurkan melalui portfolio perhubungan kaum.

#BajetKedah2015 : Bantuan Subsidi Sewa Rumah Bagi Rakyat Berpendapatan Rendah @MukhrizMahathir



Kerajaan mengumumkan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah. Program ini dimulakan dengan secepat mungkin setelah menyenaraikan mereka yang berkelayakan. Bantuan ini akan dapat meringankan beban rakyat dengan fokis kepada mereka yang amat memerlukan.

#BajetKedah2015 : Rangkuman Penuh Bajet Negeri Kedah 2015 @MukhrizMahathir




BAJET 2015

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

“EKONOMI MODAL MEMAKMURKAN RAKYAT”



UCAPAN

YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN



PADA HARI ISNIN, 17 NOVEMBER 2014


Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera. Salam Kedah Aman Makmur.
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T., selawat serta salam ke atas Junjungan Besar,Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga baginda dan para sahabat.

Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker,

1. Kedah Darul Aman kebanggaan kita. Ribuan tahun usia tamadunnya. Negerinya berdaulat, penuh beradat. Sejarahnya gemilang, tinggi pula martabatnya. Rakyatnya, pedagang terbilang. Adil memerintah, Islam dijunjung. Orangnya ramah, Raja memayung.

2. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. atas segala limpah, rahmat dan kurniaNya. Hari ini, kita dapat berkumpul di Dewan Yang Mulia ini bagi merencana pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Kita berkumpul bagi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil-wakil rakyat dengan berbekalkan amanah besar. Sekali lagi, kita akan berbahas bagi meluluskan satu perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2015.

3. Izinkan saya memulakan pembentangan Bajet Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2015 ini dengan memetik ayat suci Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7, bilamana Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud :

“ Dan apabila Tuhan kamu mengingatkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu mengingkari nikmat-Ku maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.

4.​Manakala dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 152, Allah S.W.T. berfirman dengan maksudnya:

“ Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku pun akan ingat kepadamu, bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku. ”

​Semoga dua potong ayat yang dibacakan tadi menjadi pegangan dan panduan kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur akan nikmat kemakmuran yang dilimpahkan kepada kita dan semoga Allah S.W.T. akan menambahkan lagi nikmatNya kepada negeri yang bertuah ini.

5. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang yang diletakkan amanah oleh rakyat untuk menunaikan kewajipan bagi memakmurkan negeri Kedah Darul Aman yang tercinta ini demi kemaslahatan kita bersama. Semestinya kita semua di Dewan Yang Mulia ini haruslah bersama-sama berganding bahu dan mengembleng tenaga dalam melaksanakan amanah ini supaya nikmat kemakmuran yang diperolehi sekarang akan terus berkekalan hendaknya.

6. Bajet 2015 ini adalah sebagai penyambung tradisi kepada keupayaan Kerajaan Barisan Nasional dalam memakmurkan Negeri Kedah dan membawa kemajuan kepada semua lapisan rakyat. Ianya adalah juga sebagai tanda terima kasih Kerajaan Negeri kepada semua rakyat Kedah kerana memberikan mandat untuk meneruskan agenda transformasi yang direncanakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dengan memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan supaya lebih efisien, efektif dan berimpak tinggi. Amanah yang diberikan dan kepercayaan yang disandarkan ini akan dipikul oleh saya bersama semua barisan kepimpinan negeri ini dengan penuh dedikasi dan berintegriti, Inshaa-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker,

7. Sehingga Oktober 2014, kutipan sebenar hasil Kerajaan Negeri telah mencapai RM450 juta berbanding jumlah yang diunjurkan sepanjang tahun 2014 sebanyak RM731.4 juta. Kerajaan berharap perbezaan ini dapat dikecilkan menjelang akhir tahun ini jika sekiranya semua pihak dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing di dalam usaha menambah hasil negeri. Dalam masa yang sama, pengurusan kewangan hendaklah dilaksanakan dengan penuh berintegriti, berhemah, tepat dan cepat bagi mencapai keseimbangan antara pertambahan hasil dan peningkatan perbelanjaan.

8. Sehingga Oktober 2014 juga Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM410 juta untuk pengurusan berbanding jumlah yang dibajetkan bagi keseluruhan tahun 2014 sebanyak RM776 juta. Perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan perlu seiring dengan pendapatan supaya kedudukan kewangan negeri sentiasa berada di dalam keadaan seimbang.

9. Kerajaan telah mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah sepanjang tahun ini bagi memastikan ianya tidak melebihi keupayaan. Dalam masa yang sama, Kerajaan mesti merangka program dan projek pembangunan yang mampu membina semula kegemilangan Negeri Kedah. Untuk tujuan itu, perancangan jangka panjang disusun dengan penuh rapi. Disamping itu, semua perancangan projek berbentuk katilistik yang telah dibuat dengan teliti akan dimulakan secara agresif pada tahun 2015. Kerajaan yakin, ini akan melonjakkan kedudukan ekonomi Negeri dan akan sekaligus menambah pendapatan sebahagian besar rakyat.

10. Bajet 2015 yang dibentangkan ini merupakan bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10. Oleh itu bajet pada kali ini lebih menumpukan kepada penyelesaian projek-projek dan program-program yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10 selaras dengan empat teras pembangunan negeri yang ditetapkan iaitu:

i. Menjamin kemakmuran dan kelangsungan kesejahteraan rakyat;

ii. Merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negeri;

iii. Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan

iiii. Mengupaya modal insan dan keusahawanan

11. Keempat-empat teras ini menjadi paksi kepada falsafah ekonomi modal dan ekonomi rakyat (capital economy and people’s economy), sebagaimana yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Nasional 2015. Penyediaan bajet tahun ini menitikberatkan penyeimbangan antara ekonomi makro dan ekonomi mikro. Kekayaan dan kemakmuran negeri melalui pertambahan jumlah pelaburan yang tinggi serta dasar kewangan fiskal akan dapat membawa pertumbuhan yang pesat yang akhirnya melimpah untuk dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

RANCANGAN MEMACU PEMBANGUNAN

Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker,

12. Dalam merangka strategi pembangunan yang lebih efisien dan mampan, Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia telah mengadakan satu Pemukiman Rancangan Malaysia ke-11 pada bulan September tahun ini yang melibatkan semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bersama-sama agensi swasta serta pertubuhan bukan kerajaan bagi menyumbangsaran (brainstorming) dan berbincang bagi menentukan projek-projek dan program-program yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 nanti. Melalui Pemukiman berkenaan juga, kita telah menentukan projek-projek utama yang akan memacu pembangunan dan kemajuan negeri kita. Meskipun perlaksanaannya dijangka bermula dengan RMK – 11, tetapi Kerajaan Negeri mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.

Projek-projekkatilistikyang dikenalpasti adalah:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP

13. Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.

14. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

15. Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini.


Yang Berhormat Dato’ Paduka Speaker,

14.​Bayangkanlah jika impian ini menjadi kenyataan hasil daripada usaha kuat kerajaan yang ada sekarang dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Persekutuan, seluruh Negeri Kedah akan menerima limpahan yang amat besar dari segi peluang perniagaan, peluang perkhidmatan dan peluang pekerjaan. Inilah yang dikatakan ekonomi modal (capital economy) menyumbang kepada ekonomi rakyat (people’s economy).

Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity)

15.​Malaysia sudah terkenal sebagai pengeluar komponen dan alat pesawat kapal terbang. Syarikat-syarikat yang terletak di Melaka, Selangor dan Kedah ini menyumbang kepada pembinaan pesawat jenama besar seperti Boeing dan Airbus.Pengeluar komponen pesawat dan perkhidmatan penyelenggaraan pembaikan dan “overhaul”, atau MRO, memerlukan akses kepada landasan kapal terbang di lapangan terbang.

16.​Oleh itu, kerajaan merancang untuk menyediakan sebidang tanah sebesar tidak kurang dari 100 ekar di KXP untuk menempatkan syarikat-syarikat pengeluar komponen dan perkhidmatan MRO pesawat. Taman industri ini dinamakan Kedah Aerocity.

Projek utama yang ketiga ialah Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE)

#BajetKedah2015 : RM24 Juta Naiktaraf Jalan dan Jambatan Seluruh Negeri Kedah @MukhrizMahathir




Kerajaan Negeri Kedah akan menaik taraf jalan dan Jambatan seluruh negeri Kedah mengikut keutamaan.

Sejumlah RM 24 juta diperuntukan kearah tersebut.

Diharap lepas ni jalan-jalan kampung dan jalan negeri yang rosak teruk dapat dibaik pulih. Jalan antara keperluan utama rakyat, ini tidak termasuk jalan persekutuan yang diselia oleh pusat.

#BajetKedah2015 : Memperkasa Institusi Islam Di Kedah @MukhrizMahathir



Kerajaan Negeri Kedah merancang akan membina sebuah kompleks Agama Islam yang menempatkan Mahkamah Syariah, Pejabat Mufti, dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di Jalan Suka Menanti bagi mewujudkan kerjasama yang erat dan perkongsian kos.

#BajetKedah2015 : RM2.2 Juta Naiktaraf dan Baikpulih Masjid Zahir @MukhrizMahathir



INFRASTRUKTUR (MASJID ZAHIR )

Masjid Zahir Alor Setar akan menyambut ulangtahun ke 100 pada tahun 2015. Kerajaan Negeri Kedah telah membuat perancangan bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan Masjid.

Sebanyak RM 2.2 juta diperuntukan untuk perancangan Masjid Zahir.

#BajetKedah2015 : Pembinaan Lapangan Terbang dan Kedah Aerocity @MukhrizMahathir #KXP



Dalam pembentangan bajet 2015 Dato Seri Hj Mukhriz berkata, Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.

Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini.

Bayangkanlah jika impian ini menjadi kenyataan hasil daripada usaha kuat kerajaan yang ada sekarang dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Persekutuan, seluruh Negeri Kedah akan menerima limpahan yang amat besar dari segi peluang perniagaan, peluang perkhidmatan dan peluang pekerjaan. Inilah yang dikatakan ekonomi modal (capital economy) menyumbang kepada ekonomi rakyat (people’s economy).

#BajetKedah2015 : Peruntukan Khas Bantuan Keperluan Asas Kepada Penoreh Getah Yang Layak @MukhrizMahathir



#BajetKedah2015 memperuntukan bantuan khas keperluan asas kepada #PenorehGetah yang layak di seluruh negeri.

Untuk menampung sedikit sebanyak kesusahan yang dihadapi oleh penoreh ketika harga getah rendah.

Sebagai langkah awal , dengan serta-merta Kerajaan Negeri Kedah telah memulakan pemberian bantuan bahan keperluan harian kepada dua ribu pekebun kecil yang layak di seluruh negeri Kedah. Bantuan ini diberi secara berperingkat mulai November 2014. 

Walaupun nilainya tidak begitu besar, tetapi setidak-tidaknya bantuan ini akan dapat meringankan bebanan sementara menunggu usaha-usaha lain dalam menangani keperitan hidup yang dialami oleh penoreh-penoreh getah. 

#BajetKedah2015 : RM 45 JUTA DI PERUNTUKKAN MEMBAYAR HUTANG KUIN DAN 12 JUTA PENTADBIRAN KUIN



Bagi meneruskan kesinambungan kerajaan terdahulu yang mahu mewujudkan sebuah institusi pendidikan tinggi negeri. Kerajaan negeri Kedah memperuntukan RM45 juta bagi membayar hutang kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di #KualaKetil dan RM12 juta pemberian tahunan untuk pembelanjaan pentadbiran #KUIN.

Fuhh.. RM45 juta bayar hutang.. fuhh.. bala yang terpaksa di panggung oleh Kerajaan kini hasil daripada kerajaan 'PR' dahulu .

#BajetKedah2015 #Bajet #BajetKedah #HanyaDiKedah#MMFC #PulunKedahPulun #KedahSerataRata#KedahAmanMakmur #MBmesraRakyat #Kedah#AlorSetar

Monday 17 November 2014

AMANJAYA SPECIALIST HOSPITAL PERTAMA BERCIRIKAN TEKNOLOGI HIJAU DI MALAYSIA @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan


Pagi semalam telah berlangsung lawatan Y.B Dato' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid , Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Y.B Datin Norsabrina Mohd Noor , Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Hijau dan Air Negeri Kedah ke tapak projek Skim Pembiayaan Teknologi Hijau di Amanjaya Specialist Centre Sdn Bhd.

Dalam ucapan Timbalan Menteri telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Amanjaya Specialist Centre kerana telah berjaya membina sebuah Hospital bercirikan Teknologi Hijau pertama di Malaysia dan juga telah menerima penarafan 'provisional certificate' daripada Green Building Index Sdn Bhd. 

Pihak Amanjaya Specialist Sdn Bhd telah menerima pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau atau GTFS berjumlah RM 8.8 juta . Melalui projek ini, pihak Amanjaya Specialist Sdn Bhd. berupaya menjimatkan kos pengoperasian hospital khususnya aspek utiliti dengan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 22% dan penggunaan air bersih sebanyak 31.5% berbanding fasiliti konvensional . 








Sunday 16 November 2014

PANAS !!! JPJ 'PAW' DUIT RAKYAT CARA HALAL ??? HUH @NajibRazak


Kecohkan pasal no plat kereta ni !!! tapi lihatlah betapa bijaknya JPJ kaut untung dan 'PAW'
 rakyat Malaysia !! Selepas kecoh semalaya pasal Plat Keta akhirnya JPJ dapat cabang perniagaan baru iaitu jual 'PLAT Kereta seperti yang di cadangkan oleh pak timbalan Menterinya Aziz Kaprawi !!! 

Sapalah dapat untung suply no PLAT pada JPJ tu nantikan yang kena bayar bahasa kasarnya DIPAKSA bayar adalah RAKYAT !! 


Patutlah JPJ mengamuk pasal no plat.. rupanya ada plan buat bisnes.. masa Solah Mat Hasan jd KP dia fight tuk AES.. sebelum tu pasal puspakom.. elok sangatlah.. bermula dengan pendaftar kenderaan, kini dah lebarkan sayap untuk bisnes.. masa akan datang boleh jd JPJ akan jd pembekal, pengedar, penjual kereta baru dan import..

Friday 14 November 2014

DATUM JELATEK : KERAJAAN PR SELANGOR MAKIN RAKUS HALAU MELAYU


'Kami Pemilik, Bukan Penumpang'

Isu berkaitan pembinaan projek mega Datum Jelatek kini memasuki fasa baharu bantahannya yang digerakkan oleh penduduk Taman Keramat apabila projek tersebut dikatakan bakal dilancar semula pada akhir bulan ini.

Wakil penduduk Fadhilah Saharain menyifatkan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa seperti menggunakan Akta Pelan Tanah terhadap penduduk merupakan kelakukan yang rakus dan terdesak.

"Saya difahamkan bahawa akta tersebut hanya melibatkan kepentingan awam seperti pembinaan balai polis dan jalanraya. Sebelum ini ketika pemerintahan terdahulu (Barisan Nasional), wujud juga pembinaan projek-projek lain tetapi kami tidak dikenakan akta tersebut. Kami adalah pemilik, bukan penumpang."

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Mohd Salehuddin Abdul Samad dan penduduk asal Taman Keramat Kamaruddin Shafie.

Sementara itu Kamaruddin pula melahirkan kegusaran beliau apabila amanah yang diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris berkaitan status tanah pemilikan orang Melayu kini mula diganggu sekaligus mencalar maruah kaum yang mendominasi kawasan berkenaan.


"Sejarah, maruah dan roh. Suatu ketika dahulu Datuk Harun melihat kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur ini tidak seimbang dari segi komposisi kaum. Orang-orang terdahulu juga pernah mengatakan bahawa tanah ini perlu dijaga.

LAHAT DATU : TIAN CHUA BEBAS TUDUHAN !! BUTAKAH MATA HAKIM ??



Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan menghasut berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tahun lalu.


Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan itu.

Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang, 50, didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, Jalan Yew di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac 2013 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Bagi pertuduhan itu, Ahli Parlimen Batu itu boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya.



KENAPA TERLEPAS ?



Bagaimana Dajal ini boleh terlepas ??? Nak bukti apa lagi ?? Sapa punya kerja sampai dajal ni boleh terlepas ??? Video bawah ni adalah tuduhan Tian Chua yang menuduh Umno punya Konspirasi dan hina pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan negara !!






HOT ARTIS : AMBOI MANJANYA AWIE DAN ERRA


Umum mengetahui pasangan ini parnah bercinta dan bertunang pada 90an dulu , namun jodoh memisahkan mereka , setelah berbelas tahun dan masing-masing punya kisah rumahtangga yang terhenti di pertengahan jalan.

Kini pasangan ini kembali bersama namum bukan atas dasar cinta tetapi kerjaya , tapi jodoh Allah siapa tahukan .

Mengulas mengenai komen peminat yang mahu melihat mereka bersama kembali, Awie memberitahu Erra berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya namun Awie akui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah.

"Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.

JPJ PAKAI UNDANG-UNDANG IBLIS ATAU SYAITAN NI ??? @NajibRazak


Aku siarkan email dari pembaca mengenai isu yang hangat di perkatakan sekarang iaitu tentang Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ yang menjalankan operasi lampu strob, HID, nombor plat .

dari rizal***@ymail.com : katanya beliau tertekan dengan saman yang beliau kena baru-baru ini. pad bulan 9 lalu lesen kereta beliau telah tamat tempoh , beliau mempunyai 11 saman trafik dan telah disenaraihitam dari membuat lesen. pengadu telah menyatakan bahawa beliau telah membayar 6 saman dan masih berbaki lagi 5 saman . 

Atas faktor kewangan beliau terpaksa menangguhkan dahulu bayaran baki 5 saman trafik sebelum ini . Beliau terpaksa berulangalik ke tempat kerja menaiki kereta walaupun beliau sedar lesen tamat tempoh kerana membawa anak kecil untuk di jaga setiap hari waktu berkerja. 

Satu hari ada sekatan jalanraya oleh pihak JPJ dan beliau telah di periksa dan disaman kerana lesen kereta tamat tempoh . Puas merayu dan beritahu mengenai bayaran saman trafik sudah dijelaskan separuh dan bukannya beliau tidak mahu membayar lesen tetapi atas faktor kewangan terpaksa ditangguhkan dahulu . 

Pegawai JPJ tersebut langsung tidak melayan rayuan beliau , sementara menanti tarikh naik mahkamah beliau sekali lagi disaman oleh JPJ dalam operasi lain atas alasan sama lesen tamat tempoh . 

Thursday 13 November 2014

LELAKI 20 TAHUN JATUH LAUT KETIKA BEREHAT DI JAMBATAN PULAU BUNTING YAN KEDAH




Seorang lelaki berusia 20 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut sewaktu berehat di atas jambatan Pulau Bunting, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.

Difahamkan, mangsa, Mohd Syazwan Mohamad dilaporkan telah terjatuh ke dalam laut selepas gagal mengawal imbangan badan sewaktu duduk berehat di tepi jambatan berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan S Sivaligam, ketika ditemui mengesahkan telah menerima loporan berhubung kes berkenaan pada jam 2.12 petang.

"Seramai enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya.

Sumber My Metro 

PAS HARUS DIDIK RAKYAT KELANTAN JANGAN ' NAKAL' DI GOLOK ELAK HIV/AIDS



Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam meminta kerajaan PAS Kelantan mendidik rakyatnya untuk tidak 'nakal' menyeberang ke Thailand sebagai langkah membendung dari terkena jangkitan HIV.

Menurut Subramaniam, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Abduh Nik Aziz perlu memperluaskan didikan kepada rakyat Kelantan untuk tidak melakukan aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Ia pilihan individu. Jadi saya fikir MP Pasir MAS harus pulang bertemu rakyat Kelantan, didik mereka, kuatkan mentaliti mereka dan lain-lain.

“Jadi, di sebalik pilihan yang ada, mereka tidak menyeberang sempadan dan buat perkara-perkara nakal,” katanya.

Nik Abduh sebelum ini mendedahkan kadar jangkitan HIV ke atas penduduk Kelantan meningkat ekoran kedudukan mnegeri tersebut berdekatan dengan Golok, Kelantan.

Rakyat News 

SERANGAN SEKSUAL : TINDAKAN PECAT PRAMUGARA MAS DI KECAM



Seorang pramugara Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berdepan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita dilaporkan telah dipecat.

Pemecatan terhadapnya, yang kini masih ditahan di Paris, dilakukan sebelum dia didakwa atau dibicarakan atas tuduhan berkenaan.

Perkembangan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) yang menegaskan bahawa tindakan itu tidak mengikut lunas undang-undang dan membelakangkan keadilan, lapor TheMalaysianInsider.com.

Presidennya Nufam, Ismail Nasaruddin memberitahu, kru kabin yang telah berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun itu menerima notis pemberhentian tugas melalui surat yang dihantar ke kediamannya dua minggu selepas insiden tersebut didedahkan.

"Hal ini sama sekali tidak dijangka kerana surat itu dihantar ketika dia masih lagi berada di pusat tahanan di luar negara. Bagaimana dia hendak memberi respons?” ujar Ismail.

MAS, menurutnya, telah memberi tempoh 60 hari kepada pramugara itu untuk merayu kes pemberhentian tugasnya atas alasan salah laku.

Kesatuan itu telah membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak Jabatan Perhubungan Industri dalam usaha memberi keadilan kepada pekerja berusia 57 tahun itu.

Ismail mendakwa, MAS seperti ‘cuci tangan’ dalam kes itu dan tidak menawarkan sebarang bantuan kepada keluarga pramugara tersebut.

MAS kini masih bergelut dengan publisiti buruk berkaitan kes nahas pesawat MH17 dan kehilangan MH370.

Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan bagi pihak NUFAM turut mempersoalkan tempoh tahanan yang sangat panjang di Paris.

ILMU : HARTA UMPAMA API



FITRAH manusia memang hidup suka kepada harta benda dan kekayaan. Semua orang teringin hidup senang dan atas keinginan itu, manusia bekerja keras demi mencapai cita-cita. Daripada kesusahan kepada kesenangan dan daripada tanpa harta, kepada harta melimpah-ruah.


Manusia biasanya apabila dalam kesusahan mereka lebih taat kepada Allah SWT. Sering berdoa dan memohon kepada-Nya untuk suatu kehidupan yang lebih baik.

Namun, apabila menjadi senang, manusia cuai akan tanggungjawab kepada Allah SWT yang telah memberi rezeki dan kesenangan itu. Manusia juga sering dihasut syaitan supaya terus mengumpul harta sehingga menjadi tamak dan lupa bahawa semua harta di dunia adalah milik-Nya.

Apabila seorang manusia meninggal dunia, semua harta akan ditinggalkan termasuk anak-anak dan isteri. Tiada apa yang dibawa ke liang lahat kecuali amalan baik serta doa anak soleh.

Persoalannya adakah ketika kita meninggalkan dunia ini, kita telah ada anak yang soleh yang boleh memandikan jenazah, mengkafankan, menyembahyang dan akhirnya mengebumikan kita? Adakah anak kita akan mendoakan kita setiap kali selepas solat tanpa henti? Adakah anak kita akan memberi sedekah atas nama kita daripada harta yang kita kumpul bertahun lama itu?

Beruntunglah seorang manusia jika kematiannya bukan sahaja ditangisi tetapi diiringi doa ikhlas anak-anak cucu-cicit supaya rohnya dirahmati Allah SWT dan dia ditempatkan daripada kalangan orang soleh dan solehah.

Membuat wasiat

Namun realitinya, apabila seorang ibu atau bapa meninggal dunia, biasanya dia meninggalkan harta benda yang akan diwarisi oleh isteri atau suami serta anak-anak.

Orang Islam di Malaysia sangat kurang membuat wasiat sebelum meninggal dunia. Kebanyakan orang Islam meninggal dunia tanpa wasiat. Apabila meninggal dunia tanpa wasiat, maka sukar diuruskan harta pusaka.

Keluarga Melayu Islam juga menganggap perbincangan mengenai harta pusaka memperlihatkan perangai tamak dan tidak sabar. Biasanya jika ayah meninggal dunia dan ibu tidak bekerja, tanggungjawab menanggung ibu dan adik perempuan yang belum berkahwin jatuh ke bahu anak lelaki yang telah dewasa atau adik atau abang si mati. Jika ayahnya masih hidup, ayahnya iaitu datuk kepada anak-anaknya boleh membantu menanggung cucu-cucu.

Namun, pengurusan harta pusaka perlu dibuat kerana jika tidak, banyak masalah akan dihadapi.

Jika harta si mati kurang daripada RM2 juta, permohonan tadbir pusaka boleh dipohon daripada Seksyen Pusaka Kecil, Pejabat Tanah atau Amanah Raya. Manakala, jika harta melebihi RM2 juta maka permohonan tadbir pusaka hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi.

Hanya selepas mendapat surat tadbir pusaka, pentadbir akan memohon kepada mahkamah syariah untuk sijil faraid. Selepas mendapat sijil faraid, maka harta pusaka akan dibahagi-bahagikan. Ini adalah kes paling mudah dan berakhir dengan aman damai.

Biasanya kes seperti ini membawa kepada lebih satu tahun. Jika pusaka lambat diuruskan ia akan mengambil masa yang lama. Ada juga keluarga yang membiarkan pusaka tidak dibahagikan kerana ibu masih hidup dan agak sensitif apabila ditanya mengenai harta.

Seandainya ditakdirkan salah seorang anaknya meninggal dunia sebelum harta sempat dibahagikan, maka anak tersebut masih berhak dan haknya akan diwarisi pula oleh anak dan isterinya. Ini yang kita sebut sebagai pusaka berlapis.

Jika si mati meninggalkan harta jutaan ringgit tetapi tidak dapat diselesaikan kerana waris sukar dikumpul dan ditemui, maka harta akan berterusan berada di tangan pentadbir pusaka.

Wednesday 12 November 2014

KELANTAN KEDUA TERTINGGI HIV/AIDS, SALAH SIAPA?


Statistik HIV dan AIDS yang tinggi di Kelantan adalah disebabkan negeri tersebut bersempadan dengan Thailand, yang mudah menawarkan dadah dan pelacur, kata Ahli Jawatankuasa Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz.

Beliau berkata demikian dalam sebuah forum bertajuk "Hukuman Tinggal Solat Jumaat Di Kelantan: Mencari Batas Kuasa Kerajaan dan Kebebasan Rakyat" di ibu negara malam tadi.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis dan Perak, kerana akses keluar masuk yang mudah melalui Golok.

“Jika kita lihat negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand, di manakah bandar-bandar negara itu yang terkenal dengan aktiviti pelacuran?” tanya Nik Abduh sambil menekankan cabaran itu sebenarnya sangat hebat dihadapi Kelantan.

Nik Abduh mengakui kerajaan negeri sedar akan masalah tersebut. Selain mengetengahkan permasalahan tersebut melalui wakil kerajaan negeri di Parlimen, Kelantan juga telah meminta bimbingan Putrajaya untuk mengatasinya.

BEKAS PEMANDU PEMIMPIN TERTINGGI PEMBANGKANG DITEMUI MATI TERGANTUNG



Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah flat di Ampang, dekat sini semalam.


Difahamkan, mangsa yang dipercayai bekas pemandu seorang pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang, ditemui mati di dalam sebuah bilik, kira-kira pukul 6.30 petang.

Mangsa dikatakan telah meninggal dunia sejak kelmarin sebelum mayatnya ditemui oleh keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan namun beliau enggan mengulas lanjut.

Utusan Malaysia difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

PANAS !! PEMIMPIN PAS TERUS BEDAL PASMA



Pemimpin Pas terus membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada ahli parti itu kerana badan bukan kerajaan (NGO) itu cenderung memperlekeh kepimpinan Pas terutama

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keadaan itu memperlihatkan perbezaan antara PKR yang melihat penubuhan Pasma sebagai satu usaha memperkukuh kedudukan PR di negara ini.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, perbezaan pandangan berhubung penyertaan Pasma antara Pas dan PKR berlaku kerana ia tidak menguntungkan Pas, sebaliknya tidak memberi kesan kepada PKR.

“Pasma tidak kritik PKR dan tidak sentuh PKR pun sebab itulah PKR sedia beri kerjasama dan mereka pun seronok dengan Pasma kerana kalau berlaku apa-apa kepada Pas, Pasma akan bersama PKR,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau menjelaskan turut mendengar khabar angin mengenai pelancaran Pasma di negeri ini khususnya di Dungun.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive