sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 6 September 2014

VIDEO : TERIMA KASIH TAN SRI MOHD BAKRI ATAS PENGORBANAN 39 TAHUN PADA NEGARA @PDRMsia @KBAB51



Sebak namun berasa bangga dan amat bersyukur.

Itulah antara reaksi dan ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin, 60, yang akan bersara wajib esok ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas dalam majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, setelah hampir 39 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkhidmatannya kepada pasukan itu akhirnya sampai ke penghujung namun bersyukur kerana PDRM banyak memberi peluang kepadanya serta menjulangnya yang merupakan budak kampung serta warga Sabah pertama mencapai tahap tertinggi dalam kepimpinan pasukan itu.

"Saya telah berusaha sedaya upaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memenuhi aspirasi dan harapan yang disandarkan pucuk kepemimpinan negara, kerajaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan masyarakat umumnya.

"Sebagai orang nombor dua dalam pasukan, peranan saya jelas menyokong dan mendukung segala dasar dan keputusan pasukan serta amat berterima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberi sepenuh kepercayaan untuk berganding bahu menerajui kepemimpinan PDRM, membimbing dan memberi nasihat sepanjang menjawat jawatan timbalannya.

"Saya menganggap karier ini telah menjadi darah daging saya dan sukar untuk melupakan pengalaman yang dilalui selama ini malah saya belum memikirkan apa perancangan selepas ini. Ada desas-desus yang berkata saya akan menjadi pemimpin di Sabah juga tidak benar kerana setakat ini saya belum mendapat apa-apa tawaran," katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas yang turut disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim.



Berikutan persaraannya, jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan dipangku oleh Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Mohd. Bakri yang berasal dari Penampang, Sabah serta memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah memulakan perkhidmatan dalam PDRM pada 6 November 1975 sebagai Inspektor Percubaan dan pernah berkhidmat dalam pelbagai jabatan sepanjang 39 tahun berbakti dalam pasukan itu.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Mohd. Bakri juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.

Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan setahun selepas itu, Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Dua tahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum tahun lalu dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.

utusan malaysia

P/S : Apj turut rasa sedih dengan persaraan Tan Sri Bakri , antara yang Apj kagumi dengan semangat dan ketegasan beliau . Terima Kasih atas sumbangan keringat dan tenaga menjaga keamanan negara sepanjang 39 tahun berbakti pada negara. Semoga tuan terus berjaya dan di beri kesihan yang baik sepanjang kehidupan . 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive