sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 20 September 2014

#HAJI1435H : TEMPAT SAIE BUKAN DALAM 'KAWASAN' MASJID


Diriwayatkan Jabir Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah. Dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Jemaah haruslah mengetahui dan faham berkenaan status tempat saie samada didalam atau luar MasjidilHaram.Persoalan yang kerap kali timbul itu dijawab mudah ringkas dan padat oleh Ustaz Daud Che Ngah yang merupakan 'orang lama' dalam menunaikan ibadah haji ini.

Beliau yang boleh dikategorikan pakar rujuk mengatakan tempat saie itu adalah 'luar' MasjidilHaram tetapi secara automatiknya menjadi masjid apabila masuk waktu solat berjemaah.




Maka setelah selesai solat jemaah tidak lagi menjadi masjid dan sesiapa yang didalam hadas besar juga boleh menunaikan saie.

Jadi bagi sesiapa yang mahu melakukan solat sunat adalah lebih baik didalam kawan masjid.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

BLOG KATA PAK TUA 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive