sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 26 August 2014

#HAJI1435H : JEMAAH PERTAMA MALAYSIA DI JANGKA TIBA ESOK DI MADINAH



Laporan Harian Haji 1435H 

PENERBANGAN PERTAMA JEMAAH HAJI DIJANGKA TIBA ESOK

Hanya tinggal sehari saja lagi kira lebih 900 jemaah haji terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga, akan tiba di Madinah dalam tiga penerbangan secara berperingkat

Penerbangan pertama yang membawa 413 bakal jemaah akan tiba kira-kira pukul 9 pagi waktu Saudi di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz

Penerbangan kedua dengan 261 jemaah haji akan tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan penerbangan ketiga dengan 269 jemaah haji pada pukul 5.50 petang.

Bakal Jemaah haji akan menetap di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang dikenali sebagai Maktab Zon Dua sebelum bergerak ke Makkah pada 4 September ini.

Maktab Zon Satu pula di Hotel Al Haram yang terletak berhampiran dengan Hotel Anwar Al Madinah Movenpick dan kedua-dua hotel penginapan jemaah haji Malaysia itu terletak amat dekat dengan Masjid Nabawi iaitu kira-kira 50 meter sahaja.

Jemaah Haji diminta mematuhi setiap arahan dan tunjuk ajar dari Tabung Haji dan juga petugas-petugas Haji bagi memudahkan perjalanan melaksanakan Haji.

Aktivis Pendang Jr
Madinah 26 Ogos 2014


#Haji2014 #MMFC #KedahKeMekah #KedahSerataRata

P/S : Liputan Harian Haji 1435H boleh juga di lihat di Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive