sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 17 June 2014

VIDEO PANAS :(RASUAH) NGO KEJAR KIT SIANG DI PARLIMEN @NajibRazak @RameshRaoAKS




Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) hari ini ke Parlimen untuk 'mencari' Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menuntut bukti berhubung dakwaan rasuah melibatkan kerajaan pemerintah.

Presidennya, Ramesh Rao berkata, Kit Siang sewajarnya memberi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) setelah berani menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) terlibat dengan rasuah.

"Saya bercakap atas integriti yang sering dilaungkan oleh Kit Siang. Beliau mengatakan kerajaan BN rasuah dan beliau hendak membersih serta menyelamatkan Malaysia. Jika betul hendak membawa perubahan kepada Malaysia, beliau perlu menunjukkan contoh yang baik, berani tampilkan diri ke hadapan. Sejak tahun 1969 sampai ke hari ini beliau tidak pernah datang (tampil tunjuk bukti). Kerana apa, takut? Tiada bukti?.

"Saya hendak dia bertanggungjawab, era pencen sudah bermula jadi beliau perlu membersihkan diri. Mana (dakwaan) rasuah? Kita hendak tengok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan surat mencabar Kit Siang untuk kemukakan bukti dan berkerjasama dengan SPRM di hadapan bangunan Parlimen hari ini. Surat berkenaan diterima oleh wakil kepada Kit Siang iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka (DAP) Sim Tong Him.



Sehubungan itu PMSP memberikan tempoh seminggu kepada Kit Siang supaya berani menjejakkan kaki ke SPRM untuk mengemukakan bukti jika benar-benar mengakui sebagai pemimpin yang berintergriti dan mahu perangi gejala rasuah.

"Jangan sekadar menuduh, tempoh seminggu untuk Kit Siang supaya bekerjasama dengan SPRM. Tidak perlu tunggu SPRM panggil. Jika beliau gagal dalam seminggu ini kami akan gelar Yang Berhormat Kit Siang sebagai penipu dan perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Selain itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang serta ketua-ketua komponen pembangkang perlu nasihat kepada Kit Siang untuk mengemukan bukti kepada SPRM," tegas beliau.

Sementara itu PMSP dalam suratnya kepada Kit Siang menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Gelang Patah itu di beberapa laman blog dan media sosial mengundang kepercayaan 40% genarasi muda sekalipun tiada dokumen kukuh diserahkan kepada SPRM.


rakyat news 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive