sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 19 June 2014

VIDEO PANAS : MP WANITA PAS YANG BERMULUT LONGKANG VS DATIN SERI ROSMAH


Suasana persidangan Dewan Rakyat tegang apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim membidas Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang mempertikaikan program Permata Pintar.

Sebelum itu, Shahidan menjawab soalan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) berkenaan perincian perjanjian projek penubuhan pusat pembelajaran dan Pusat Permata yang telah dimeterai antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas itu bangkit bertanyakan sama ada program Permata Pintar itu hanya bertujuan untuk menaikkan nama penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Jangan begitu Yang Berhormat. Ajaran Islam kata kena bersangka baik. Janganlah bersangka buruk.



Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

“Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?” soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.


Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang” yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

“Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.
“Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

“Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara,” kata Shahidan.





DATIN SERI ROSMAH MANSOR 


Beliau sering saja menjadi mangsa tohmahan dan fitnah daripada puak pembangkang , Tidak dapat dinafikan kebanyakan perkara yang disembangkan mereka merupakan  perkara-perkara negatif belaka, ia umpama mereka yang berkata-kata itu terlupa bahawa wanita yang menjadi pendamping setia Perdana Menteri ini seorang yang 'kejam' dan tidak 'berhati perut' juga mempunyai sifat pemurah.

Tidak ramai yang tahu di sebalik wajah tegas itu, ada banyak amal bakti yang 'disembunyikan' dan tidak digembar-gemburkan. Antaranya Membantu pelajar miskin secara peribadi. Menghantar mereka yang kurang mampu menunaikan haji. Membantu keluarga susah, anak-anak OKU dan mereka yang hidup di pedalaman secara peribadi

Membantu mereka yang jumpa dia secara peribadi, dan mereka bukannya orang kaya atau orang bisnes. Memang tidak dapat dinafikan Rosmah Mansor, sebagai seorang insan biasa tidaklah sempurna, tetapi ketidak sempurnaan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan amal jariah yang beliau lakukan untuk rakyat.. Dan amal jariah itulah, merupakan pengikat kunci Dato' Sri Najib kepada beliau, walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada isterinya. Dato' Seri lebih tahu akan perihal isteri beliau.

Bagi isu MP pas ini sepatutnya sebagai ahli Pas dan bertudung labuh beliau harus scan diri beliau sendiri , apa yang beliau bantu rakyat , tolong rakyat dan pengorbanan beliau pada rakyat ?? Jangan pulak jadi busuk hati , mulut dah serupa longkang busuknya. 

Sudah banyak masa dan tenaga Datin Seri Rosmah korbankan untuk rakyat , kerana apa ?? kerana sayangkan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi beliau. Seperti apa yang saya tulis di atas secara ringkasnya , adakah ia dihobohkan dan di laporkan pihak media ?? dia bukan takbur dan bongkak membantu rakyat seperti mana tuduhan yang dileparkan oleh pihak pembangkang.

Sebagai rakyat aku bangga ada dan punya Isteri Perdana Menteri yang perihatin pada rakyat seperti apa yang dia buat untuk Program Permata. Banyak rakyat mendapat kemudahan di sana . 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive