sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 25 June 2014

PANAS : KEMENANGAN PAKATAN , KEMENANGAN HARAM @RameshRaoAKS


Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) melalui parti DAP, PKR dan Pas menduduki 89 kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dianggap sebagai kemenangan haram.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, ianya berikutan cara kempen kotor yang digunakan PR dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah sedangkan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

"Kemenangan PKR, DAP dan Pas adalah haram, kenapa saya cakap ia haram kerana mereka menghasut dan menipu rakyat, memberi khabar-khabar yang tidak mempunyai fakta dan bukti.

"Jika benar tuduhan mengatakan kerajaan BN rasuah, mana buktinya kita ingin tahu, kempen mereka sejak tahun 1969 mengatakan BN mengamalkan rasuah tetapi gagal mereka buktikan, jadi ini merupakan fitnah yang paling besar terhadap kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Ramesh menjelaskan, kerajaan perlu mengambil tindakan dengan segera kerana tindakan mereka jelas mengelirukan rakyat.

Katanya, budaya politik seperti ini harus dihentikan kerana ianya merupakan kaedah politik kotor dengan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Saya ingin cabar pihak berkuasa serta kerajaan untuk menangkap dan mendakwa mereka ini di bawah Akta Fitnah kerana sekiranya tiada tindakan diambil saya percaya mereka akan meneruskan cara ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14.

"Budaya hasut dan fitnah harus dihentikan, kita kena hapuskan modus operandi dengan segera , jika tidak mereka akan rosakkan pemikiran rakyat Malaysia," ujarnya.

RAKYAT NEWS

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive