sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 4 June 2014

91 KES ROGOL DI KELANTAN DLM TEMPOH 5 BULAN PERTAMA 2014


Polis Kelantan berkata 91 kes jenayah rogol dilaporkan di negeri ini dalam tempoh lima bulan pertama 2014, 88 daripadanya berjaya diselesaikan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia menjurus kepada penahanan 90 individu.

Menurutnya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Insiden terbaharu yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.

Dalam pada itu, Jalaluddin menarik perhatian pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive