sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 7 May 2014

VIDEO PANAS !! TIAN CHUA TERUS BERMAIN API DENGAN POLIS !!




Ahli Parlimen Batu, Tian Chua meluahkan kekecewaan beliau terhadap tindakan pihak polis dan menuduh pasukan keselamatan itu sebagai berat sebelah dalam menangani kes melibatkan isu jenayah.

Tian Chua menuduh pihak polis tidak memandang serius berhubung kejadian tembak melibatkan aktivis mahupun masyarakat yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin mengatakan kekecewaan saya terhadap pihak polis apabila melibatkan orang awam atau aktivis-aktivis bukan kerajaan ia seolah-olah tidak di ambil serius. Tetapi apabila laporan polis dibuat oleh pihak yang menyebelahi kerajaan, siasatan akan diambil malah dakwaan di ambil secara cepat. Ini menunjukkan ada pilih kasihnya bila pihak polis menangani sesuatu kes," katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media bersama Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan di Restoran Media berhampiran Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hadir sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Dalam masa sama Sanjeevan ketika menceritakan kronologi malang yang menimpa dirinya turut berharap agar pihak polis tidak lagi berdolak dalih ketika menjalankan siasatan.

"Saya ditembak 27 Julai tahun lalu dan berada dalam keadaan koma di hospital. Saya percaya ia kerana saya mendedahkan isu jenayah dan sindiket dadah yang didalangi seorang pegawai polis di Negeri Sembilan dan Melaka. Julai tahun lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berjanji untuk bekerjasama dengan MyWatch namun tiada sebarang tindakan di ambil.

"Dua hari lepas saya terima 3 butir peluru hidup 9mm di peti surat rumah saya di Bahau, saya bersyukur kerana tiada perkara malang berlaku, saya sudah membuat laporan polis dan berharap jangan berdolak dalih lagi.

"Jika kita lihat kejadian sebegini berlaku kepada angggota atau mereka yang menyebelahi BN atau kerajaan, tindakan segera di ambil. Kes tembak yang nyaris meragut nyawa saya tidak disiasat. Malah saya masih tak tahu siapa pegawai penyiasat dalam kes saya. Saya tidak tahu langsung perkembangan di dalam kes saya.

"Kalau nak bukti saya sudah beri bukti seorang pengedar dadah mengaku bahawa beliau mengedar dadah tetapi ia didalangi oleh seorang pegawai kanan polis di Negeri Sembilan, dia (pengedar dadah) mengaku dalam rakaman video yang disiarkan FMT tahun lalu," katanya.

Tengok video dibawah, Tian Chua pertikai polis,


Sementara Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula membuat kesimpulan bahawa pasukan polis tidak menjalankan tugas dengan pantas.

"Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Selepas 6 bulan ia masih dalam siasatan. Saya rasa kita boleh membuat kesimpulan bahawa polis menjalankan tugas dengan lembab sekali. Saya minta polis tidak beri alasan lagi dan buat tangkapan sekarang juga," katanya.

Apj : lah bukan Tian Chua pun macam penjenayah nak sembang apa lagi !! huh 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive