sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 21 May 2014

TUDIAAA !! SELEWENG DANA DAP , KIT SIANG DIHERET KE SPRM @RameshRaoAKS



Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini untuk membuat laporan berhubung aduan beberapa ahli veteran DAP mengenai penggunaan dana yang dikumpul sumbangan orang awam.

Presidennya, Ramesh Rao berkata, pihaknya menerima aduan daripada veteran parti itu pada 19 April lalu yang mendakwa tiada sebarang laporan audit rasmi dibuat berhubung penggunaan dana yang dikumpul itu.

"Pada 19 April 2014 yang lalu beberapa ahli veteran DAP memohon bantuan NGO PMSP kami. Mereka mendakwa sehingga hari ini tiada sebarang laporan audit rasmi mengenai penggunaan dana yang dikumpul oleh pihak DAP daripada sumbangan awam.

"Mereka juga mendakwa Penasihat parti, Lim Kit Siang sering berdolak dalih dan mengugut untuk menyaman serta memecat ahli yang cuba mempersoalkan kuasa pucuk pimpinan parti. Kami mendesak SPRM supaya dapat menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di SPRM hari ini.

Tambahnya, tududuh Kit Siang kepada Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang korup seharusnya diberikan kepada beliau serta anak-beranaknya kerana sehingga kini mereka dilihat gagal menjelaskan sebarang tuduhan yang diberikan.

"Kit Siang yang sering melaungkan intergriti dan kerajaan yang bersih. Dia (Kit Siang) juga suka kata Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang korup, jadi saya mahu katakan bahawa DAP adalah sebuah parti yang korup anak beranak jika gagal menjawab segala tuduhan terhadap mereka," katanya.

Menurut Ramesh, isu ketelusan berkaitan kewangan terus dipersoalkan malah terdapat beberapa orang saksi mahu bekerjasama dalam usaha membersihkan parti daripada budaya korup, nepotisme dan salahguna kuasa.

"Pantang ada orang mati, kahwin dan perjumpaan, akan diletakkan tabung, mana perginya duit itu, bagaimana ia dibelanjakan, mana laporan audit?

"Kita ada tujuh orang saksi yang mahu bekerjasama. Kita tidak boleh tunjuk (siapa) mereka kerana modus operandi DAP adalah saman ahli jika ada yang mempersoalkan parti. 'Trick' paling bangsat dan kotor DAP. Kita tahu kos peguam bukan murah, saya tidak tolak kemungkinan sebab itu mereka (saksi) takut.

"Dalam kes Teresa Kok, saksi dibawa ke depan media, mereka disaman dan diugut. Dimana demokrasi DAP? Apa itu 'UBAH'," ujar beliau.

Sehubungan itu, Ramesh mencabar Kit Siang dan mereka yang terlibat supaya bertindak berani dengan mengisytiharkan harta mereka.

"Saya cabar Kit Siang, anak sekeluarga dan ahli DAP yang terlibat untuk mengisytiharkan harta mereka. Sebelum ini kata tiap-tiap tahun mahu 'declare', tetapi hanya tahun pertama (sekali) sahaja mereka 'declare'. Sejak tahun 1974, jika benar diaudit (laporan kewangan dana), sila tunjukkan. Jangan kata ini drama BN, ini desakan ahli DAP sendiri, ahli veteran yang seangkatan dengan Kit Siang." tegas beliau.

Antara dana yang dipersoalkan adalah seperti Sumbangan Pendidikan Tinggi DAP, Sumbangan Pendidikan Tinggi untuk Rakyat Miskin, Skandal Sumbangan Bukit Cina dan kes melibatkan proses perundangan membabitkan ESSO.

Dalam perkembangan lain Ramesh turut berkata, sikap pemimpin DAP yang sering menggunakan ugutan dan mengenakan tindakan undang-undang jika kesalahan mereka didedahkan jelas menunjukkan parti itu tidak layak memimpin negara ini sekaligus mengamal prinsip demokrasi.

"Jika perkara tersebut berlaku (DAP memerintah), rakyat tidak akan mampu untuk bersuara dan sistem demokrasi akan gagal dilaksanakan. Ini mesej jelas, belum jadi kerajaan sudah kena ugut, bayangkan kalau mereka (DAP) memerintah (negara), mampus rakyat tak boleh buka mulut. 'You' ulang saya saman, 'you' cakap saya masukkan ke dalam penjara," katanya

rakyat news 

2 comments:

Anonymous said...

Berani kah SPRM

Anonymous said...

SPRM...hanya berani dgn Melayu...
beli tayar pun nak minta diskaun..apa cita.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive