sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 26 May 2014

TUDIAAA !!! DAP PINGGIR PENIAGA MELAYU DI TELUK INTAN !!!!



Ternyata peniaga Melayu melahirkan rasa kesal apabila bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng tidak pernah menyalurkan bantuan perniagaan kepada perniaga kaum Melayu di sini.

Peniaga kedai kesihatan, Safri Hisham Mohd Salleh, 40, berkata tiada sebarang bentuk bantuan yang disalurkan oleh mendiang kepada peniaga Melayu sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

"Bantuan daripada YB tiada namun saya bagi saya yang terbaik adalah saya ada menerima bantuan daripada Tekun dan Mara.

"Saya tidak pernah lihat muka (Seah) selepas menang PRU lalu. Semasa kempen lalu saya pernah melihat dia ada datang ke sini namun selepas dia menang sehingga dia meninggal dunia saya tidak pernah lihat dia datang lagi," katanya ketika ditemubual oleh wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Selain itu, Safri turut berkata masyarakat Melayu hanya mendominasi peniagaan makanan dan barangan kesihatan berbanding kaum Cina yang dilihat lebih luas bidang perniagaan iaitu dengan membuka kedai elektronik.



"Kedai barangan elektronik bagi kaum Melayu di sini dilihat kurang berbanding dengan kaum Cina. Jika mahu dibandingkan dengan kaum cina saya rasa kaum tersebut lagi dilihat teruk berniaga di sini.

"Kebanyakannya kedai barangan elektronik dibolot 70 peratus oleh kaum cina," katanya

Mengulas mengenai PRK kali ini, Safri menjelaskan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong lebih dilihat berpengalaman berbanding calon DAP, Dyana Sofya memandangkan calon tersebut lebih berpengalaman dan dikenali di kawasan ini.

Jelasnya, meskipun Mah kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, Mah sering hadir ke kawasan perkarangan Menara Condong dan beramah mesra bersama peniaga-peniaga di sini.

"Hampir 90 peratus orang di kawasan ini kenal beliau dan dia tidak sombong," katanya.


Bagi peniaga kedai makanan, Fatimah Khe Ibrahim, 67, berkata mendiang Seah tidak pernah memberikan sebarang bentuk bantuan kepada peniagaan beliau sejak awal beliau berniaga di kawasan tersebut.

"Saya pun tidak tahu bahawa dia (Seah) untuk menolong peniaga melayu di sini namun anak angkat saya telah menerima bantuan kewangan daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan dari segi kewangan dan keperluan harian. Tidak ada pun Seah membantu kerana saya meniaga di sini pun menggunakan modal sendiri," katanya.

Fatimah yang telah berniaga lebih dari 30 tahun menjelaskan, peluang perniagaan bagi kaum Cina dan Melayu bagi kawasan di sini dilihat sama berbanding untuk kaum India.

Manakala, peniaga, Mohd Sobandi Bawok, 48, berkata hanya kerajaan sahaja yang membantu beliau berniaga selama beliau meniaga selama 4 tahun.



"Kerajaan membantu memberikan kursus pernigaan kepada saya. Tiada pula Seah memberikan bantuan kepada saya.

"Saya mendapat tapak dan meniaga secara sendiri, tidak pernah pula saya menerima bantuan daripada Seah," katanya.

Jelasnya, peluang perniagaan bagi kaum melayu kurang baik berbanding dengan kaum cina selepas beliau membuat anggaran hanya 80 peratus kaum melayu mendominasi perniaga di pasar malam berbanding kedai cina yang membuat kedai besar-besaran di sini.

"80 peratus perniaga Melayu yang berniaga di sini di pasar malam dan jika berniaga di kedai kebanyakkannya di dominikasi oleh kaum cina.

"Bantulah kami peniaga kecil-kecilan seperti kami ini untuk memberikan keselesaan sedikit. Apa yang kami mahukan tidak perkara yang besar namun kecil-kecilan untuk kemudahan kami sudah memadai," katanya.



Bagi peniaga barangan kesihatan, Kamalia Basharuddin, 40, berkata peniaga Melayu dilihat kurang menyerlah berbanding dengan peniaga kaum Cina di kawasan ini memandangkan Seah tidak pernah membuat kemajuan khususnya kepada peniaga semasa beliau menjadi Ahli Parlimen di situ.

"Kami semuanya sama daripada dahulu sehingga sekarang. Tiada apa-apa pun kemajuan.

"Tidak sampai 50 peratus peniaga Melayu berniaga di sini jika kita lihat perbezaan dengan kaum Cina yang dilihat lebih besar," katanya.

RAKYAT NEWS 

1 comment:

Hidup Melayu Islam said...

Biar Si Seah DAP laknat ni mampus,tulah orang Melayu beringat ingat masa pilihanraya.Jangan undi lagi Parti Pembangkang menyesal tak sudah undi BN atau UMNO kalau mahu kekal jadi kuasa politik dan ekonomi.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive