sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 21 May 2014

HOT NEWS : PELAKON IZREEN AZMINDA SAH BERCERAI DI LOKASI PENGGAMBARAN



Apj dapat tahu Pelakon cun ,  Izreen Azminda dan suaminya Muhammad Riza sudah berpisah baru-baru ini.

Riza dilaporkan menceraikan Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

Lafaz cerai itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.

“Ya, kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya ia tak perlu diperbesarkan.

“Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup harus diteruskan dan paling utama ialah saya ada anak untuk dibesarkan,” katanya dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Izreen Azminda dan Muhammad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.


Apj tidak tahu la talak berapa yang di lafaskan oleh tapi harapnya hubungan suami isteri tu dapat dipulihkan semula bila amarah kedua-duanya reda kelak demi masa depan anak mereka. 

Tidak ada perkara lebih penting dari melihat anak membesar di depan mata kedua-dua mereka. 

Adiosss ...

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive