sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 28 May 2014

HOT NEWS : KEMALANGAN MELIBATKAN ATLIT TRIATHLON NEGARA DI LANGGAR KERETA



PEMENANG pingat emas acara triathlon Sukan SEA 2005, Kimbeley Yap terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sedang menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland Julai ini.

Beliau yang luka di dahi dan paha kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Sukan Negara (MSN) Fahmi Omar ketika dihubungi Bernama berkata kemalangan berlaku kira-kira 8.45 pagi tadi di Km43.1 berdekatan terowong Penchala Link ketika beliau sedang berbasikal.


“Difahamkan sebuah kereta yang disyaki dipandu laju menukar laluan daripada lorong tengah ke lorong kiri dan kemudiannya melanggar Kimbeley dari arah belakang mengakibatkan beliau melambung,” katanya.

Yap, 29, dibawa ke PPUM sejurus selepas kemalangan.

Segala bantuan dan urusan rawatannya diuruskan pihak MSN.

Beliau juga merupakan bekas perenang kebangsaan yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 1999 di Brunei dan 2001 di Kuala Lumpur yang kemudiannya beralih kepada bidang triathlon pada 2005, beberapa bulan sebelum Sukan SEA Manila berlangsung. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive