sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 21 May 2014

HOT ISU : TIMB.MENTERI SAHKAN TIADA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Tiada Perbincangan Naik Tarif Elektrik - Timb.Menteri



Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, berhubung justifikasi kerajaan membenarkan kenaikan tarif elektrik, tidak bermaksud akan ada kenaikan baru, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Timbalan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata, kenyataan Najib sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri, merujuk kepada kenaikan bermula Januari tahun ini.

"Sewaktu berucap, Perdana Menteri merujuk pada (kenaikan pada) 1 Januari 2014, iaitu sesuatu yang telah pun berlaku. Dan beliau (Najib) dalam ucapan itu, turut menjelaskan kenapa tarif itu terpaksa dinaikkan.

"Buat masa kini, tiada perbincangan mengenai perancangan untuk menaikkan lagi tarif pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengagihan Elektrik Asia Tenggara di sini, hari ini.

Mahdzir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata, kerajaan perlu menimbangkan perkara yang kadang kala amat sukar dan ia termasuk menaikkan tarif elektrik.

Kenyataan Najib itu telah disalah anggap beberapa pihak kononnya kerajaan akan menaikkan lagi tarif elektrik dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai salah faham pihak tertentu bahawa justifikasi kenaikan itu tidak sepatutnya berlaku kerana TNB tahun lepas telah mencatatkan untung bersih sebanyak RM4.91 bilion, Mahdzir berkata, angka keuntungan itu tidak menggambarkan kos operasi sebenar syarikat utiliti itu.

"Satu tahun (boleh) dapat keuntungan sedemikian, tapi perbelanjaan, peruntukan yang dikeluarkan oleh TNB untuk setiap tahun sebenarnya lebih kurang RM5 bilion.

"Peruntukan yang TNB keluarkan balik adalah untuk tiga bahagian iaitu penjanaan tenaga, transmisi tenaga dan pengagihan tenaga...dan syarikat membuat satu belanjawan untuk ketiga-tiga bahagian ini," katanya lagi.

Mengulas mengenai forum itu, Mahdzir berkata, ia bertujuan untuk bagi mencari formula yang sesuai dalam memastikan bekalan elektrik di Malaysia, dan negara-negara Asean secara umumnya berjalan dengan gangguan yang minimum.

Mahdzir berkata forum yang bertemakan "Towards Business Excellence and Sustainable Future" anjuran Cired Malaysia itu, merupakan platform terbaik bagi negara-negara Asean berkongsi pandangan, idea dan kepakaran secara holistik dalam bidang kejuruteraan elektrik.

"Sebab asas kepada apa jua industri, perniagaan, salah satunya ialah bekalan tenaga elektrik yang berterusan.

"Kalau mahu FDI (pelaburan langsung asing) datang, antara perkara yang akan menjadi keutamaan mereka adalah bekalan elektrik yang baik, air dan sistem telekomunikasi," katanya lagi.

RAKYAT NEWS 

APJ : ITULAH PEMBANGKANG SUKA SAJA PUTAR BELIT CERITA MEMBURUKAN KERAJAAN. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive