sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 29 April 2014

SENATOR : DATO SUHAIMI DAN SHAHANIM AHLI DEWAN NEGARA BARU



Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof dan bekas Ketua Umno Bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah hari ini dipilih sebagai ahli Dewan Negara berkuat kuasa 21 Mei ini.

Pemilihan mereka dicadangkan kerajaan negeri Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pelantikan Shahanim dan Mohd Suhaimi untuk menggantikan dua Ahli Dewan Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 21 Mei ini iaitu Saiful Izham Ramli dan Mohd Yusuf Hussin.

Mohd Suhaimi ketika ditemui pemberita selepas sidang Dun berkata pelantikan sebagai Senator akan memberi ruang kepadanya untuk terus aktif membantu masyarakat khususnya golongan muda.

"Saya merupakan Bendahari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia dan saya akan menggunakan jawatan sebagai Senator untuk terus membantu golongan muda agar menjauhi dadah," katanya.

Sementara itu Shahanim berkata beliau akan menumpukan perhatian untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan wanita di negara ini khususnya di Kedah.

"Saya akan menggalas tangungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. Dengan jawatan sebagai Senator ini saya akan lebarkan lagi bentuk bantuan kepada golongan wanita tanpa mengira batas usia," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

semoga jnji di kota..km rakyat kedah brbangga dgn kerajaan pimpinan Dato‘Mukhriz..harapan kmi ...jgn abaikn segala amanah yg d prtangungjawabkan ..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive