sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 25 April 2014

EKSKLUSIF : GAMBAR2 ISTIMEWA SEKITAR LAWATAN PENUH BERMAKNA PM @NajibRazak DI KEDAH @mukhrizmahathir #KedahAmanMakmur



PM Najib disambut oleh MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Luarbandar, Shafei Apdal. Turut sama Ahli Parlimen BN dan Adun-adun serta AJK Pemuda BN Negeri Kedah.

Kemudian PM ke Wisma Darulaman untuk mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan negeri.




Selesai di Wisma Darulaman, beliau ke Seri Mentaloon dimana sedang berlangsungnya Ijtimak (Himpunan) Pondok Malaysia 2014.




Selesai beliau membuat majlis penutup untuk Ijtimak Pondok Malaysia yang berlangsung dua hari di Seri Mentaloon. Beliau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon.

Di sana beliau ke Napoh untuk merasmikan RTC Napoh yang baru di buka.


RTC Napoh merupakan RTC pertama di Kedah. RTC selalunya dibuat dikawasan luar bandar untuk kemudahan penduduk disana. Ia juga merupakan sumber penjana ekonomi untuk kawasan luar bandar, kerana RTC selalunya menjadi tempat tumpuan penduduk kerana segala keperluan untuk agensi atau jabatan kerajaan ada disana.

Selepas merasmikan RTC Napoh, PM kembali ke TH Hotel untuk membuat sidang media, lalu berangkat pulang ke Putrajaya.

Hampir setiap bulan pasti PM akan turun di Kedah untuk melancarkan projek atau program yang membantu rakyat Kedah. Dalam 3 bulan ni saja, kerajaan negeri Kedah sudah melancarkan 3 projek perumahan rakyat.

1- Projek perumahan PR1MA di Sidam Kiri, Sungai Petani.
2- Projek perumahan kos rendah di Kampung Naga, Kubang Pasu
3- Projek perumahan kos rendah Intan Shafinaz di Jitra. (projek lama Pas dulu 3 kali pecah tanah, tiang pun tak naik)
4- Projek perumahan generasi kedua felda, bertempat di Changloon.

Kalau ada orang tanya, apa projek kerajaan negeri untuk bantu rakyat. Pembaca boleh beri pada maklumat ini pada si tukang soal tu.

Belum lagi, dengan pelancaran Kit Kelahiran yang diberi percuma kepada setiap bayi yang lahir di Kedah. Malah sekarang ni, kerajaan negeri Kedah sedang menjalankan kursus kahwin percuma di setiap daerah secara berperingkat. Pada yang nak kahwin tu, tunggu kursus kahwin percuma di tempat anda nanti.

Belum lagi dicampur dengan kursus kerjaya pada anak muda yang menganggur. Siapa yang mendaftar, walaupun tidak mempunyai kemahiran. Akan di beri kursus khas untuk kerja terbabit, malah diberi sijil dan kerja tetap. Paling menarik ianya percuma! Apakah ini bukan program untuk bantu anak muda?

Walaupun kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh (Pas Kedah punya kerja). Namun demi untuk membela rakyat, kerajaan negeri tetap cuba melaksanakan program atau projek yang membantu rakyat Kedah.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive