sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 28 March 2014

HELANG MERAH : MUKHRIZ YAKIN KEDAH RAIH SLOT LIGA SUPER MUSIM DEPAN @MukhrizMahathir #HelangMerah



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir masih percaya dengan kemampuan pasukan berkenaan untuk meraih slot ke Liga Super musim depan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, walaupun skuad 'Helang Merah' kendalian David Mitchell itumempamerkan aksi yang tidak menentu dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau yakin mereka akan kembali bangkit pada baki saingan liga.

"Saya ingat antara cabaran kita hadapi (musim ini) adalah soal konsisten, jadi kadang kala prestasi kita meningkat dan ada kalanya akan turun balik. Jadi, kita (harus) menguruskan perkara berkenaan (prestasi tidak menentu pasukan) dengan lebih baik lagi.

"Kita berhadapan dengan soal kecederaan selain semangat juang yang tidak konsisten di kalangan pemain terutamanya pada penghujung sesebuah perlawanan. Saya harap kita dapat mengatasi masalah berkenaan pada sesi latihan pasukan (selepas ini)," kata Mukhriz.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek berjumlah RM250,000 untuk pasukan Kedah daripada Kumpulan Naza TTDI Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin di Shah Alam hari ini.

Menyentuh mengenai sumbangan berkenaan, Mukhriz berkata suntikan dana itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan pasukan dalam menghadapi baki saingan Liga Perdana musim ini.

"Kita menghadapi saingan yang semakin sengit dan saya dapati bahawa kita memerlukan dana untuk mengendalikan pasukan kita.

"Saya lihat (suntikan dana ini) dapat menampung perbelanjaan pasukan kerana kos untuk saingan liga agak tinggi," kata Mukhriz.

Pasukan Kedah kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul 13 mata selepas mengharungi lapan perlawanan liga setakat ini. - Bernama


JOM TEAM HELANG MERAH BERTEMPUR MALAM NI BEB !!! PAKAT MAI STADIUM !!! 

1 comment:

Anonymous said...

bangkit kepala bana apa mcm ni...bungkuih dah...jgn mimpi nak ke liga super.piala malaysia pon belum tentu..inilah padahnya gila glamor nak tukar logo...kan dah kena sumpahan..letak jawatan lagi baguih

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive