sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 11 December 2013

CANDI 11 BUKAN TEMPAT IBADAT @MukhrizMahathir



Candi 11 yang menarik perhatian banyak pihak tindakan meroboh oleh pemaju adalah tamadun yang dipercayai bertapak di Lembah Bujang seawal kurun ke-5 hingga 8 Masehi dan bukanlah tempat penyembahan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, candi itu sebaliknya hanyalah binaan yang dibuat semula pada 1974 dan boleh dibina semula di tempat lain.

“Tapak Candi 11 bukan tempat penyembahan atau ibadat semata-mata tetapi lebih kepada tamadun. Pihak berkenaan tidak perlu mendesak sangat dalam isu ini kerana kerajaan negeri juga kecewa walaupun ia kes terpencil.

“Saya tidak anggap isu ini sebagai kecil namun bukanlah gambaran pemusnahan candi yang seharusnya dipulihara,” kata Mukhriz yang menjawab pertanyaan pemberita berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tapak warisan itu diwartakan segera," katanya ketika hadir menyaksikan Memorandum Persefahaman antara Persekutuan
Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dengan Aimst University di Park Avenue Hotel, semalam.

Katanya, kerajaan negeri sememangnya berhasrat mewartakan semua tapak warisan malah telah beberapa kali berusaha mendapat pengiktirafan Unesco untuk mewartakan Lembah Bujang sebagai tapak warisan antarabangsa.

Mukhriz berkata, beliau akan membuat cadangan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membangunkan kawasan tamadun yang bersejarah agar menjadi pusat tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.

Katanya, kedudukan candi yang berselerak meliputi kawasan lebih 1,000 hektar wajar dipindahkan dan ditempatkan dalam satu kawasan kerana usaha ini banyak dilaksanakan di tempat lain namun memerlukan dana yang besar.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai dana untuk tujuan ini. Kita mempunyai komitmen lain untuk membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, bagi membangunkan ia sebagai satu tarikan pelancongan yang bertaraf antarabangsa, kadang kala ia melibatkan pemindahan bahan binaan tersebut ke satu lokasi yang terlindung.

“Ia banyak dilakukan di tempat-tempat lain dan bukan sesuatu yang pelik dibuat pada masa ini,” katanya.

Mukhriz mengakui, kerajaan negeri berhadapan faktor kekurangan dana memandangkan kerja-kerja ekskavasi selalunya mengambil tempoh masa yang panjang, melibatkan keluasan, berlainan tempat dan sebagainya yang perlu diterokai.

“Ada bukti (bahan artifak) berselindung, kita tak dapat nak korek semua tempat, saya harap ada peralatan yang canggih untuk kita imbas, mungkin menggunakan satelit, untuk kenal pasti di mana tempat-tempat yang potensi dijumpai artifak atau pecahan binaan yang mempunyai nilai sejarah,” katanya.

Dari aspek kepakaran, katanya sudah wujud dalam kalangan pakar tempatan di pihak Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara yang mempunyai kepakaran peringkat dunia, tetapi peralatan dan teknologi itu boleh dapatkan dari luar. - sinar 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive