sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 18 November 2013

TERBAIK !!! PENANG DAN SELANGOR JUGA AKAN LAKSANAKAN HUDUD ?? !! @cmlimguaneng @khalidibrahim @anwaribrahim




Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi pada muktamar tersebut.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.

"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi.

apj : SOKONG PENANG DAN SELANGOR JUGA LAKSANAKAN HUDUD :) MANTAP !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive