sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 16 November 2013

ISU K-POP : SHABERY BAKAL TIBAI PENFITNAH !! LAWAN TETAP LAWAN !! @shaberyc @RameshRaoAKS @khairykj @NajibRazak



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Khamis depan, berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara, tahun lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan di dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan akan hadir bersama semua pegawai kementerian yang terbabit dalam program berkenaan.

Sebelum ini, Ahmad Shabery telah memohon kepada Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, kementerian itu membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Apj : Kepada Ds Shabery , kita Lawan Tetap lawan !! 


Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang.Mereka membangkitkan kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.Antaranya isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.

Menteri Belia Dan Sukan,Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan bahawa tajaan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir.Sehingga menyebabkan pihak KBS terpaksa membayar sendiri perbelanjaan tersebut.Sedangkan sebelum ini,DS Shabery mengatakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak swasta.

Malah kenyataan DS Shabery itu turut disokong oleh bekas Setiausaha Kementerian,Datuk Mohid Mohamed pada 2 Jun 2012 yang menegaskan persembahan 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu bukan dibiayai oleh kerajaan.

Maka sebagai rakyat biasa,sudah pasti akan timbul tanda tanya berhubung dua kenyataan berbeza mengenai isu yang sama.Pasti mereka dengan mudah akan terus menghadam semua tohmahan yang diberikan pembangkang sebagai pendedahan yang mempunyai asas.Padahal secara realitinya,Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya tidak memisahkan wang tajaan yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurut fakta pihak penganjur sebenarnya telah pun memberikan tajaan sebanyak RM20 juta yang dimasukkan ke dalam akaun MSN.Sebaliknya Audit Negara melaporkan ia secara pukal dan beranggapan RM20 juta berkenaan adalah ‘pendapatan’ KBS.Dengan kata lain,Audit Negara tidak mengambil kira wang tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil kira wang yang keluar dari KBS dan kesempatan itu,dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh para pencacai PR untuk melakukan penyelewengan fakta bagi menghentam KBS.

sambung SINI 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive