sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 18 November 2013

GEMPAR !!! BUNG MOKTAR KENA SERANG DENGAN PUAK PR !!! @MyKinabatangan @NajibRazak




Bertindak mengoyakkan usul PR di persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui menerima "serangan" bertali arus daripada penyokong parti pembangkang itu.

Menerusi komen di laman mikro Twitternya hari ini, beliau berkata, kritikan yang diterima memang "pedas" kerana tidak bersetuju dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) itu berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.

"Serangan hebat yang bertali arus seperti hujan lebat dari cyber trooper dan pengikut-pengikut PR...tidak melemahkan saya dan ia nya memberi kekuatan kepada saya," katanya.

Memetik laporan media, sesi petang sidang Dewan Rakyat Khamis lalu tegang apabila ahli Parlimen BN mengoyak kertas usul yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.

Bung bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.

Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.

Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan. -SINAR

APJ : BIASALAH KENA SERANG DENGAN CYBER TROOPER PR !! KITA NAK SERANG BALIKPUN PELURU DAH NAK HABIS !! MAKLUMLAH LEPAS PRU13 , SEMUANYA DAH LUPA JASA CYBERTROOPER PRO BN !!

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive