sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 10 November 2013

GEMPAQ ARTIS !!! MIZZ NINA ISTERI NOH HUJAN BERUBAH !!!



Fuhhhh !! Mizz Nina antara penyanyi yang Apj suka dengan lagu-lagunya yang rancak , di khabarkan dah 'berhijrah' !!! wah dah berhijrah selepas menunaikan ibadah Haji di Mekkah baru-baru ni , Alhamdulillah , syukur pada Tuhan membuka pintu hati Mizz Nina untuk bertudung litup .. 

Mizz Nina isteri kepada penyanyi Noh Hujan yang dikenali dengan imej seksi dan 'urban' selama ini telah mendapat hidayah Allah untuk bertudung. Kata suaminya Noh, dia mengakui dialah orang pertama yang teruja dan gembira dengan perubahan isterinya itu.

“Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa.

“Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu,” katanya yang turut berkongsi gambar Mizz Nina yang sudah bertudung di laman Twitternya.

Menurut vokalis Hujan ini, isterinya itu kini turut menghadiri kelas mengaji untuk menambah ilmu agama. Malah sebagai suami, dia sedaya upaya memberikan sokongan dan dorongan.

Ditanya apakah selepas ini, mereka akan memilih muzik ketuhanan dalam lagu-lagu mereka, Noh berkata, itulah yang paling tepat dan sesuai dengan imej isterinya itu.

“Insya-ALLAH sebenarnya kami memang dah perlahan-lahan ke arah itu (muzik ketuhanan). Mungkin ada yang terlepas pandang kerana sudah biasa dengan genre muzik urban yang kami bawakan sebelum ini. Apa pun, kami mengharapkan peminat akan terus sentiasa menyokong ” katanya.

Apj mengucapkan tahniah buat Mizz Nina , semoga perubahan ini berkekalan dan sentiasa mendapat rahmat Allah buat kalian berdua. Selepas ni nak panggil Hajjah lah , hihi ok apa !! Ayu gitu :P

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive