sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 31 October 2013

PRK SG LIMAU : UMNO JERAI BERPECAH ?? @MukhrizMahathir @NajibRazak #BeraniHijrah




YAN - Bekas Ketua Bahagian Umno Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah menafikan desas-desus wujudnya perpecahan di bahagian itu selepas beliau gagal mempertahan jawatannya pada pemilihan parti baru-baru ini.

Mohd Suhaimi berkata, beliau bersama-sama Ketua Umno Bahagian Jerai yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak mempunyai sebarang pertelingkahan malah bekerjasama dengan baik dalam menggerakkan jentera kempen PRK bagi Dun Sungai Limau.

"Ini (perpecahan) tidak ada berlaku. Bila pucuk pimpinan di atas bercantum, di bawah bertaut. Sekarang saya dengan Datuk Seri Jamil bercantum, penyokongpun sama," katanya kepada Bernama di Pusat Operasi BN di sini hari ini ketika mengulas desas-desus berkenaan.

Beliau tidak menafikan semasa pertandingan jawatan dalam Umno baru-baru ini, pertandingan antaranya dan Jamil Khir adalah sengit bagi merebut jawatan Ketua Bahagian namun mereka berbaik semula berikutan PRK Dun Sungai Limau.

Pada pemilihan parti 19 Oktober lalu, Mohd Suhaimi yang mempertahan jawatan meraih 270 undi berbanding Jamil Khir, yang mendapat 490 undi.

Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pemimpin kerap dilihat bersama-sama dalam beberapa siri kempen PRK yang dijalankan jentera BN di Dun Sungai Limau.

Mohd Suhaimi turut diberi kepercayaan oleh BN Pusat sebagai Timbalan Pengarah BN bagi PRK Dun Sungai Limau, membantu Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Pengerusi BN kedah dan Pengarah BN PRK Dun Sungai Limau.

Mengulas calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau iaitu Dr Ahmad Sohami Lazim, Mohd Suhaimi berkata beliau memberi sokongan penuh kepadanya.

"Ini calon yang dipilih dan disokong pimpinan BN Pusat, sudah tentu kita akan menyokong dan membantu sepenuhnya," katanya.

Mohd Suhaimi pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum 2004 untuk kerusi Dun Sungai Limau dan kalah kepada Tan Sri Azizan Abdul Razak dengan majoriti 1,080 undi.

Beliau memperoleh 9,802 undi berbanding Azizan yang mendapat 10,882 undi. - Bernama


APJ : Tahniah Umno Jerai terutama bekas Ketua Bahagian ini , kerana terus semangat membantu kemenangan Barisan Nasional. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive