sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 19 October 2013

FITNAH !!! MUKHRIZ MAAFKAN TMI @MukhrizMahathir




Menteri Besar Kedah yang juga calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, menerima permohonan maaf daripada portal berita The Malaysian Insider berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya, lapor Berita Harian Online.

Sebelum ini, Mukhriz menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang itu kononnya beliau mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi ini (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

"Saya beri tempoh sehingga pukul 10 pagi kepada portal tersebut tarik balik artikel dan mohon maaf secara terbuka kepada saya. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive