sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 31 October 2013

PRK SG LIMAU : HIMPUNAN RAKSASA PENGUNDI MUDA BERANI HIJRAH SABTU INI !!! @MukhrizMahathir @tunfaisal @tengkuadnanreal #BeraniHijrah


YAN - Satu program yang menghimpunkan kira-kira 3,000 pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau akan diadakan Sabtu ini bagi mengajak golongan itu membuat "penghijrahan" pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu.

"Himpunan Berani Hijrah Anak Muda Sungai Limau" anjuran Sekretariat Gelombang Merah Kedah akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang di sini mulai 4.30 petang hingga 11 malam.

Penyelaras sekretariat itu Anas Hafiz Mustaffa berkata program tersebut menfokuskan mengenai PRK yang akan berlangsung 4 November ini dengan memperkenalkan calon Barisan Nasional(BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim kepada pengundi muda terutamanya pengundi yang berada di luar Dun.

"Program khas untuk pengundi muda, kita mahu mengajak mereka untuk berani berhijrah dengan memberi peluang kepada BN melakukan pembaharuan di kawasan yang ditadbir oleh Pas sejak 1995," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Operasi BN di Sungai Limau di sini hari ini.

TUDIAAA !!! KUMPULAN NASYID RABBANI SOKONG BERANI HIJRAH !!! @tunfaisal @MukhrizMahahthir @tengkuadnanreal #PRKSGLIMAU

VIDEO PANAS !!! BN LEBIH MATANG BERBANDING PAS !!! @razaliibrahim @tunfaisal @tengkuadnanreal


PANAS !!! HAJI HADI AWANG DIMALUKAN PAS KEDAH !!! MALU MALU MALU @MukhrizMahathir @tunfaisal @TengkuAdnanReal #BeraniHijrah




Kah kah kah Nak taboq benih padi macam ni ?? Makhluk mana yang ajaq tok Guru Hadi Awang taboq benih padi ayaq sampai kepala lutut ?? 

Nampak sangat nak menipu rakyat !! Kalau nak belakon pun buanv la ayaq tu sikit oiii !! Yang hampa bawak pi taboq tu Presiden Pas oiii bukan Mat Sabu !! 

Buat malu rakyat Kedah saja seolah tak reti nak tanam padi , benak nak mampuih !! 

PRK SG LIMAU : UMNO JERAI BERPECAH ?? @MukhrizMahathir @NajibRazak #BeraniHijrah




YAN - Bekas Ketua Bahagian Umno Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah menafikan desas-desus wujudnya perpecahan di bahagian itu selepas beliau gagal mempertahan jawatannya pada pemilihan parti baru-baru ini.

Mohd Suhaimi berkata, beliau bersama-sama Ketua Umno Bahagian Jerai yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak mempunyai sebarang pertelingkahan malah bekerjasama dengan baik dalam menggerakkan jentera kempen PRK bagi Dun Sungai Limau.

"Ini (perpecahan) tidak ada berlaku. Bila pucuk pimpinan di atas bercantum, di bawah bertaut. Sekarang saya dengan Datuk Seri Jamil bercantum, penyokongpun sama," katanya kepada Bernama di Pusat Operasi BN di sini hari ini ketika mengulas desas-desus berkenaan.

Beliau tidak menafikan semasa pertandingan jawatan dalam Umno baru-baru ini, pertandingan antaranya dan Jamil Khir adalah sengit bagi merebut jawatan Ketua Bahagian namun mereka berbaik semula berikutan PRK Dun Sungai Limau.

Pada pemilihan parti 19 Oktober lalu, Mohd Suhaimi yang mempertahan jawatan meraih 270 undi berbanding Jamil Khir, yang mendapat 490 undi.

PANAS PRK SGLIMAU : PENDUDUK SG LIMAU HARUS MENILAI KEGAGALAN PAS KEDAH !!! @shaberyc @MukhrizMahathir @RameshRaoAKS #BeraniHijrah


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat Kedah tahu Pas gagal dalam mentadbir negeri itu sepanjang tempoh lima tahun lepas hingga mendorong 60 peratus penyokongnya meninggalkan parti itu dan seterusnya menyaksikan BN kembali menguasai Kedah.

"Dulu sebahagian dari orang (penduduk Dun Sungai Limau) undi Pas (kerana) dia yakin parti itu akan terus perintah negeri Kedah.

Wednesday 30 October 2013

PANAS PRK SG LIMAU !! SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA ATAU AUTA !! @MukhrizMahathir @tunfaisal @tengkuadnanreal #BeranjHijrah



SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?

Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

Kes 1.

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

VIDEO PANAS !! ' HUDUD' PAS HARUS KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM SEBENAR !! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH


VIDEO KLIKSINI 

Tuesday 29 October 2013

CORETAN AIR MATA SUNGAI LIMAU YANG TIDAK TERBELA !!! KENAPAKAH PAS BEGINI !!! @ahmadmaslan @tunfaisal @tengkuadnanreal @MukhrizMahathir #BeraniHijrah




Awal pagi ni aku dan sahabat-sahabat ikut program Datuk Ahmad Maslan ke program rumah ke rumah di Batu 16 , Sungai Limau untuk mengenali lebih dekat dengan penduduk Sungai Limau di samping memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan. 

Kali ni aku nak coretkan 1 daripada rumah-rumah yang Datuk Ahmad Maslan pergi. Mula-mula sampai di pintu masuk jalan ke rumah Pak Cik Ismail Abd Rahman 66, ini , aku mengucap panjang , rumah yang mulanya aku sangka tidak berpenghuni rupanya di dalamnya tinggal seorang lelaki tua yang aku lihat menghadapi masalah kesihatan. 

Aku ingat bila Malaysia dan Kedah khasnya sudah makin maju masalah seteruk ini sudah tak ada tapi inilah realitinya kehidupan. Datuk Ahmad Maslan sendiribaku lihat terkejut dengan keadaan ini. 

GEMPAR !!!! APA KAITAN SUHAKAM DAN PAS MEETING RAHSIA DI PUNCAK GUNUNG JERAI ?? #PRKSGLIMAU


Semalam kami ada dedahkan akan meeting rahsia antara PAS dan Suhakam di Puncak Gunung Jerai Semalam..

Turut kelihatan di atas puncak Gunung Jerai itu adalah penulis buku kontroversi Pak Habib . Meeting rahsia itu dipercayai berkaitan pilihanraya kecil Dun Sungai Limau. 

Apa yang menghairankan kami adalah kenapa dan apa kaitan Suhakam dengan PAS ?? Suruhanjaya hak asasi manusia ataupun pelabur Pas di Dun Sungai Limau ?? 

Hak asasi apakah yang di perlukan PAS dalam Pilihanraya kecil ini ?? 

Artikel mengenai kisah ini boleh KLIKSINI



OPS BONGKAR !!! MEETING RAHSIA PAS DAN SUHAKAM DI PUNCAK GUNUNG JERAI !! AGENDA ATAU SPONSER ?? #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH


Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.

Monday 28 October 2013

PANAS !! AKHIRNYA PAS KEDAH MENGAKU MENIPU PENGUNDI SG LIMAU !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH @tunfaisal @tengkuadnanreal


Kecoh hari ini pasal Pas menipu pengundi Sungai Limau dengan membuat gambar palsu menunjukkan calon Pas Mohd Azam sedang berjumpa Allahyarham Ust.Azizan,

Gambar itu sebenarnya adalah gambar wartawan Sinar yang bertemu dan menemuramah Ust Azizan dahulu , terdesak ingin menunjukkan bahawa Mohd Azam baik dengan Ust Azizan tetapi kantoi dengan penipuan mereka. 


VIDEO PANAS !!! MAHFUZ DAN CALON PAS KENA BEDAL KAW KAW MENIPU RAKYAT !!! #BERANIHIJRAH #PRKSGLIMAU


VIDEO KLIKSINI

OPS BEDAL !!! CALON PAS MELAMPAU !! MENIPU PENDUDUK SG LIMAU !!! #PRKSGLIMAU #BERANIBERUBAH


Kurang ajar !!! Itu ayat pertama untuk geng-geng Pas yang terdesak meraih undi penduduk Dun Sungai Limau untuk mengundi calon Pas Mohd Azam yang juga anak kepada sepupu Phahrolrazi. 

Team Phahrolrazi yang juga musuh ketat Ustaz Azizan , dan team yang mahu menjatuhkan Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar. Ini semua penyokong Ustaz Azizan di Sungai Limau tahu. 

Gambar di atas diambil dari Sinar Harian yang marah kerana gambar wartawan merek telah di edit team Mohd Azam dan Phahrolrazi yang menunjukkan Mohd Azam sedang berjumpa Ustaz Azizan padahal team wartawan sinar yang sebenarnya sedang temuramah Ustaz Azizan. 

Sunday 27 October 2013

GEMPAR !!! @abby_abadi112 LARI LINTANG PUKANG CERAMAH 10 ORANG SAHAJA !! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH


Nampaknya nasib Abby di Sungai Limau ni tak berapa bagus , satu-satu masalah yang datang , tulah Abby jangan cakap lebih sangat , macam kamu tu diterima orang sangat termasuk dari Pas sendiri.

GEMPAR !!! AYAH DS JAMIL KHIR BEDAL MAHFUZ DAN CALON PAS !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH



Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.



Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

SEKOLAH AGAMA KEUTAMAAN KERAJAAN NEGERI @MukhrizMahathir #BERANIHIJRAH



Isu berkaitan agama di negeri Kedah dianggap sebagai keutamaan dan institusi berkaitannya akan terus dibela kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, pendekatan itu bukan sekadar cakap kosong tetapi merupakan komitmen berdasaran kemampuan kerajaan negeri dengan dibantu kerajaan pusat.

"Soal agama ini kita letak bab paling awal (terdahulu) dan kita beri keutamaan berkait dengan agama termasuklah dalam soal kebajikan sekolah pondok, maahad tahfiz, sekolah agama bantuan kerajaan, surau dan juga masjid.

"Sebab itu tidak pelik apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang (di sini) dan banyak berjumpa dengan warga pondok yang menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat membantu sekolah pondok," katanya.

PANAS !!! TPM , MUKHRIZ TAWAN KUBU PAS !!! @tunfaisal @TengkuAdnanReal #BERANIHIJRAH




Saturday 26 October 2013

PANAS #PRKSGLIMAU !!! AKHIRNYA TEAM PHAHTOLRAZI BERJAYA TAWAN KUBU AZIZAN !!! @TengkuAdnanReal @tunfaisal #BERANIHIJRAH



Setelah puas menentang Ust Azizan masa beliau ada dulu tidak berjaya , akhirnya  Team Phahtolrazi berjaya juga merampas lubuk dan kubu musuhnya itu. 

Semua orang tahu Team Phahtolrazilah yang telah menjadi penentang kuat Ust Azizan dulu , demi mengukuhkan kedudukannya sebagai team B Pas Kedah. 

Kesian la kat orang Sungai Limau bila terpaksa memilih untuk menyokong calon yang ada pertalian darah dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz Azizan sendiri.

Sedangkan masa Allahyarham Azizan hidup, musuh ketatnya si Phahrolrazi yang banyak kutuk, caci maki dan buat macam-macam cara untuk jatuhkan Allahyarham Azizan.

PANAS !!! CALON PAS ANTARA YANG TERLIBAT MAHU JATUHKAN UST AZIZAN DULU ?? @TengkuAdnanReal @tunfaisal #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH



Apj tak tahu nak cakap apa bila Pas masih duk menipu  rakyat kata Azam ni ada adalah saudara Ust Azizan, padahal langsung tak ada pertalian !! 

Bukan keluarga Ust Azizan tak tahu yang azam ni adalah team Phahtolrazi yang dulu hangat kisah mahu jatuhkan Ust Azizan !! 

Ikuti pendedahan di Blog MTK 


Calon Pas iaitu Azam Abdul Samat mempunyai pertalian darah dengan Phahrolrazi, beliau dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah.

Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh mencacatkan kempen Pas di Sungai Limau kerana semua sudah maklum bahawa semasa Kedah ditadbir oleh Pas, Phahrolrazi antara petualang yang menjahanamkan pentadbiran arwah..

Selepas Pas kalah di Kedah, Phahrolrazi melepaskan jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya 1 kerana tidak sebulu dengan Mahfuz.. Perletakkan jawatan itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

VIDEO PANAS !! CALON BN DAPAT RESTU ISTERI USTAZ AZIZAN !!!! @MukhrizMahathir @TengkuAdnanReal @tunfaisal #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH



VIDEO DISINI


GST IGAUAN NGERI TOKEY TOKEY CINA !!!



GST bukanlah cukai tambahan baru.Dengan pelaksanaan GST pada April 2015, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.

Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai, yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST.

Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum.

Friday 25 October 2013

#PRKSGLIMAU !! MUKHRIZ REMPUH TEMBOK PENGHALANG PERSAUDARAAN PAS !!! @MukhrizMahathir #BeraniHijrah



BAJET 2014 : TEKS UCAPAN BAJET 2014 !! TERBAIK KERAJAAN BN !!! @NajibRazak @tunfaisal



Berikut adalah ucapan Bajet Tahun 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini:

“MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI”

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2014 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


PENDAHULUAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet 2014 dengan mengungkap kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim. Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah Subhanahu Wa Taala dari Surah Al-Qasas, ayat ke-77, mafhumnya:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah”.

Para pujangga pula sering bermadah-madah, bahawa:

“Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.

LIVE STREAMING !!! BAJET 2014 SEKARANG !!! @NajibRazak @tunfaisal



VIDEO PANAS !!! FENOMENA HIJRAH PENDUDUK SUNGAI LIMAU !!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal #BeraniHijrah



Fenomena  BERANI HIJRAH DISINI

Thursday 24 October 2013

PANAS #PRKSGLIMAU !! CALON PAS TEAM ANTI AZIZAN DULU ??


Mula-mula aku nak nyanyi lagu budak indon yang polulor tu !! Ehemmm 

'Dolu dolu ku anti Azizan tapi kini ku anak didik Azizan ' Pas duk pung pang sana sini kata si Azam calon Pas Sungai Limah ni , anak didik Azizan , lepas tu pulak kata Azam ni ada bau-bau bacang dengan Ust Azizan. Adehhh nak tarik undi punya pasal sanggup mohong rakyat !! Huh !! 

PRKSGLIMAU !!! GAMBAR2 PANAS MAJLIS PENAMAAN CALON !!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal #BeraniHijrah




Tuesday 22 October 2013

CINA , MELAYU , MALAYA DAN MALAYSIA !! CERITA SEBUAH BANGSA TAK TAHU BERSYUKUR !!!!



BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:

CABARAN BESAR MELAYU/BUMIPUTERA MALAYSIA

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2.Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

AL-FATIHAH !! PELAKON NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA


Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Monday 21 October 2013

TERKINI !!! CALON BN DUN SG LIMAU TERJAWAB !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #PrkSgLimau




Teka-teki mengenai calon Bn Dun sungai Limau akhirnya terjawab apabila pucuk pimpinan Barisan Nasional telah memilih DR HJ AHMAD SUHAIMI LAZIM  Bagi menjadi panglima perang Bn menentang calon Pas Nanti.

Sebelum ini antara nama-nama yang di sebut adalah bekas Ketua Bahagian Jerai , Dato Suhaimi Abdullah dan bekas calon Bn Pru13 bagi Dun Sungai Limau iaitu Hj Fazilah.

Prk Sungai Limau kosong apabila Adun Sungai Limau yang juga bekas Menteri Besar Kedah iaitu Allahyarham Ust Azizan meninggal dunia bulan lepas akibat masalah kompilasi jantung.



GEMPAR !! AZRAAI KHOR KEMBALI TERAJUI KEDAH ??? @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur





Berita mengenai bekas jurulatih pasukan Hijau Kuning , Mohd Azraai Khor Abdullah yang meninggalkan pasukan Perak hari ini pastinya membuatkan peminat-peminat Hijau Kuning tersenyum.

Jurulatih yang membawa Kedah ke era kegemilangan 2007/2008 itu,  menjadi harapan baru peminat-peminat Kedah untuk Kedah keluar dari kancah Liga Perdana tahun depan jika beliau di pilih dan kembali bersama pasukan Kedah. 

Apj sendiri sebagai peminat tegar Hijau Kuning mahukan Azraai kembali menjadi jurulatih Kedah. Jasa beliau terlalu besar di sini, jika tidak masalah politik yang menghantui pengurusan KFA sudah pasti beliau kekal hingga kini. 

Jom ikuti kata-kata Azraai dalam sebuah akhbar tempatan mengenai kes 'cerai' dengan Perak

Saturday 19 October 2013

FITNAH !!! MUKHRIZ MAAFKAN TMI @MukhrizMahathir




Menteri Besar Kedah yang juga calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, menerima permohonan maaf daripada portal berita The Malaysian Insider berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya, lapor Berita Harian Online.

Sebelum ini, Mukhriz menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang itu kononnya beliau mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi ini (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

TERKINI !! HISHAM , ZAHID MENANG DI BUKIT BENDERA @hishammuddinh20 @zahid_hamidi



Bahagian Bukit Bendera sebulat suara memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013-2016.

Sementara itu bagi jawatan bagi Timbalan Pengerusi Tetap penyandangnya, Datuk Mohamad Aziz dipilih.Proses mengundi bahagian Bukit Bendera bermula pada jam 9.50 pagi dan tamat sejam kemudian.

Keputusan lain akan menyusul 

PANAS PEMILIHAN !! BONGKAK DAN SOMBONG HANTUI PEMENANG ?? #PemilihanUmno



Tidak dinafikan ada segelintir yang menang dalam pemilihan Umno ini , angkuh dan sombong di tambah mengata macam-macam kepada pihak lawan mereka. 

Bukan kesemuanya tapi itulah manusia , masa belum menang manis dan baik seperti merekalah yang sempurna . 

Apj menyokong nasihat Presiden Umno kepada mereka yang menang dan tewas pada pemilihan ini.

Friday 18 October 2013

OPS TIBAI !!! DAFTAR AHLI BARU PAS LAGI SENANG DARI DARTAR AHLI UMNO ?? @NajibRazak



Apj tertarik dengan kenyataan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengenai saranan beliau agar proses pendaftaran ahli baru Umno di permudahkan. 

Sememangnya Apj dengar ramai kenalan yang baru berjinak untuk menyertai Umno kecewa dengan proses pendaftaran ini.. Banyak karenah bila kita sendiri nak check nama di Ibu Pejabat , ada ketika borang yang di hantar tidak di temui !! 

Rasanya proses daftar ahli parti lain lagi mudah kot seperti parti Pas !! Buat yang jaga bahagian daftar ni , jangan sampai orang muak dengan Umno sudahlah ya !! Jalankan tanggungjawab dengan baik bukan terbalik. 


TUDIAA !!! BARISAN TERPILIH CALON MKT MALAYSIA BRO #PemilihanUmno




Majlis Tertinggi: (25 Jawatan Dipilih)



1. Datuk Seri Shahidan Kassim


2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah



4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob



5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive