sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 27 September 2013

HOT INFO !! NOTIS KEKOSONGAN KERUSI DUN SG. LIMAU AHAD INI !! #PRKSGLIMAU




ALOR SETAR: Notis makluman mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) paling awal Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Safian, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, sebentar tadi.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan beberapa pihak termasuk keluarga Allahyarham sebelum membolehkan beliau meneruskan tanggungjawabya selaku Yang Dipertua DUN Kedah.

"Kita perlu menghormati ahli keluarga Allahyarham yang masih bersedih atas kehilangan insan yang mereka sayangi. Justeru, kita akan umumkan kepada media sama ada Ahad atau Isnin ini mengenai makluman terbabit.

"Kita pada dasarnya berharap jika makluman itu dapat dilaksanakan lebih awal adalah lebih baik. Justeru, sebaik lengkap semua prosedur yang perlu dipatuhi, kita akan segera maklumkan kepada pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
sumber:Berita Harian

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive