sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 14 September 2013

GEMPAR !!! BILA CALON NKP BERCAKAP PASAL MEB !!! TERBAIK @NajibRazak @azwanbro @khairykj #MEB #1bro4NKP #OneBro4NKP


Tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, diatas ucap tama beliau semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Jelas sekali, Perdana Menreri kita telah membuat pendirian yang tegas, untuk membantu menaiktaraf ekonomi bumiputera, terutamanya kaum Melayu.

Walaupun pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada beliau, tetapi atas dasar prinsipal untuk meneruskan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, beliau gagahkan juga, semata-mata untuk memastikan masa depan, dan halatuju kita di bumi tanah tumpah darah kita ini, terjamin dan terpelihara.

Pelbagai inisiatif baru telah diperkenalkan dalam 5 fokus pemerkasaan yang telah dinyatakan secara terperinci sebentar tadi. Antaranya adalah program re-skilling untuk membantu graduan-graduan bumiputera yang masih belum mendapat pekerjaan.

Suntikan pelaburan 10 bilion unit saham ke dalam Amanah Saham Bumiputera 2 di lancarkan bagi memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat.

Penambahan RM300 juta ke dalam Amanah Iktiar Malaysia, dan RM700 juta kepada TEKUN Nasional membuktikan Perdana Menteri memandang serius untuk memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera. Untuk membantu memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan pula, sejumlah RM1 bilion telah disuntik bagi menubuhkan dana pendidikan MARA. Saya yakin, dengan pelbagai inisiatif yang telah disampaikan tadi, jelas dapat kita lihat bahawa, beliau telah memfokuskan perjuangan beliau untuk membela nasib dan survival Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Sesungguhnya saya menyifatkan dasar ini adalah satu dasar yang fair, right and equitable



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive