sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 25 August 2013

TUDIAA !!! LEBIH 40.000 SERBU HARI KOPERASI NEGARA 2013 #HariKoperasi13 @tunfaisal @MukhrizMahathir










JITRA - Hari Koperasi Negara 2013 yang julung kali diadakan secara besar-besar di Dataran Darul Aman, di sini hari ni mendapat sambutan yang luar biasa apabila lebih 40,000 pengunjung hadir.

Acara yang mengetengahkan peranan koperasi kepada masyarakat itu turut disajikan dengan pelbagai porduk dan perkhidmatan termasuk aktiviti berbentuk informatif dan menghiburkan kepada semua peringkat umur bermula 25 hingga 28 Ogos lalu.

Pengarah Bahagian Promosi dan Pengembangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datin Zuraidah Hasni berkata, sebanyak 185 gerai pameran termasuk dari 14 buah mengikut negeri selebihnya merupakan koperasi, in dustri kecil sederhana dan agensi kerajaan.

"Majlis perasmian kira-kira 11 pagi tadi disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut diadakan majlis Aidilfitri bersama pengunjung.

"Pengunjung mula memenuhi ruang pameran sejak pagi bagi menyaksikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan tidak putus-putus melawat sehingga malam," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive