sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 15 August 2013

HOT HOT !!!! DENGAR SINI SEMUA SELURUH AHLI KELUARGA TUN M !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak #KedahAmanMakmur



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya.

Kata Mukhriz beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.

"Setakat ini tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam tu. Kalau tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

"Yang saya utamakan kepentingan rakyat. Kalau terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan sudah tentu saya pilih rakyat. Jadi jika nak elakkan menyinggung perasaan mereka lebih baik tidak timbul keadaan seperti itu (anggota keluarga dapat projek)," katanya pada sidang media di sini sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, beliau mungkin akan meminta nasihat daripada anggota keluarganya kerana kepakaran mereka dalam bidang tertentu amat berguna.

Mengenai isu perumahan di negeri ini, Mukhriz berkata kerajaan negeri akan mengekalkan dasar 50:50 bagi pemilikan rumah untuk bumiputera dan terbuka, yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas sebelum ini, dan bukan kembali kepada dasar 30:70 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Dasar rumah, kita masih amal 50:50. Dalam hal perumahan ini banyak keperluan dan permintaan di kalangan bumiputera. Kami nak ratio penduduk bumiputera di kawasan-kawasan bandar dikekalkan.

"Sebab itu amalan 50:50 yang dimulakan Pas diteruskan. Memang ia diteruskan dari segi dasar tetapi dari segi pendekatan mereka (kerajaan Pas) gagal. Dalam hal ini kita juga kena pastikan kepentingan bukan Melayu dijaga... banyak cara lagi untuk diimbangi sebaik mungkin," katanya.

Mukhriz berkata dasar 50:50 itu boleh mengelakkan tanah rizab Melayu terpaksa ditukar dengan tanah di tempat lain berbanding dasar 30:70 yang memerlukan tanah rizab Melayu ditukar.

"Dalam Alor Setar boleh dikatakan semua tanah rizab Melayu. Kita nak penduduk di bandar terutama di Alor Setar kekal dengan demografi sekarang. Tak nak timbul masalah Melayu tinggal di luar bandar, bukan Melayu di bandar. Bagi Kedah, ini keadaan yang tak boleh diterima," katanya.

APJ : NEGERI LAIN ADA BRAN CAKAP MACAM NIH ?? HUH !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive