sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 31 August 2013

GEMPAR !!!! KEDAH AKAN GUNA SOLAR !!! PEHHHH TERBAIK !!! @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


KULIM - Kerajaan Kedah merancang untuk menjadikan negeri ini sebagai pengguna tenaga solar setelah Kedah kini menjadi pengeluar panel solar secara besar-besaran.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan memasang panel solar di bangunan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedia ada.

Katanya, Kedah boleh dikatakan antara pengeluar panel solar terbesar di dunia dengan adanya dua syarikat pengeluar panel solar yang besar di Kulim Hi-Tech Park di sini, oleh itu tiada alasan untuk Kedah tidak menggunakan tenaga solar.

"Memandangkan Kedah kini menjadi pengeluar dan pengeksport panel solar dalam skala yang sangat besar, menjadi harapan saya agar Kedah turut menjadi pengguna panel solar. Kita tiada alasan. Panel ini dikeluarkan di Kedah.

"Jelas bahawa Kedah juga perlu menggunakan produk ini. Mungkin secara kebetulan, Kedah sebuah daripada negeri terbaik di Malaysia dari segi (cahaya) matahari. Kami sudahpun merancang untuk memanfaatkan panel solar di dalam bangunan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demekian ketika melawat Panasonic Energy Malaysia Sdn. Bhd. di Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive