sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 12 July 2013

TERKINI !!! DATUK SERI ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIA PETANG TADI !!!


Apj ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang meninggal dunia di kediamannya di Merlimau Pasir kira-kira jam 5.30 petang tadi. Allahyarham merupakan Mantan Ketua Menteri Melaka 

Allahyarham yang berusia 77 tahun meninggal dunia akibat sakit kencing manis dan buah pinggang.

Allahyarham menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995-1999) dan Parlimen Jasin (1999-2004).

Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Abd Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 1997.

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron dijangka menziarahi Allahyarham malam ini
.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive