sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 14 July 2013

HOT NEWS : SAYANGNYA MUKHRIZ PADA TAN SRI AZIZAN !!! MELAWAT LAGI DI BULAN PUASA !! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah @abdulhadiawang



Semalam Menteri Besar Kedah , Datuk Paduka Mukhriz Mahathir melawat Bekas Menteri Besar Kedah , Tan Sri Azizan Razak di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Apj tak pasti berapa kali sudah Datuk  Mukhriz Mahathir melawat Tan Sri Azizan selama 67 hari Tan Sri Azizan menerima rawatan selepas melakukan pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat kencing manis. 

Apj bangga jugak dengan keperihatinan Menteri Besar Muda Kedah ni terhadap Tan Sri Azizan. Selalu dia datang jenguk dan melihat keadaan kesihatan Tan Sri Azizan. Masa mula-mula masuk wad di Kedah Medical Centre (KMC) dulu , Datuk  Mukhrizlah antara terawal datang melihat keadaan Tan Sri Azizan sebelum Tan Sri dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. 

Tak semua orang boleh datang selalu melawat Tan Sri Azizan tapi pantang terluang sikit masa semestinya Datuk Mukhriz datang melawat tambah-tambah dibulan puasa ni bagi memberi semangat kepada Tan Sri Azizan walaupun berbeza fahaman politik tapi semangat persaudaraan sesama Islam tetap kuat. Sepatutnya itulah contoh yang harus semua orang lihat dan ikut , politik tidak boleh memutuskan hubungan silatulrahim sesama kita. 


Semalam Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaan Tan Sri Azizan bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat.

"Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga,"

Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.

"Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama (menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya.

Faekah berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini berikutan keadaan kesihatannya yang memberlukan pemberian ubatan-ubatan secara berterusan.

Beliau berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan tidak mampu berpuasa sehingga hari ini.

Apj berdoa agar kesihatan Tan Sri bertambah baik dan pulih bagi meneruskan perjalanan kehidupan. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan. 

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. akhlak mulia Dato Mukriz ini lebai serban sebesar bakul pun belum tnetu boleh ada.. krn ia dtg dr HATI.

Semoga Tok Jijan semakin sihat Insya Allah.. dn harap Tok Jijan insaf bertaubat kesalahan2nya pd amanah di Kedah yg lepas..

harp Tok JIJAN BUKA mata luas2.. siapa UMNO dan siapa PAS.. yg maki kutuk dan doakan dia 'mampuih' (Astaghfirullahaladzim) ialah org2 PAS sndir... cukup JAHAT bangsa PAS ni sbrnya.. jd semoga dgn hikmah ini Tok Jijan bersara dr PAS, xjoin UMNO pn tkpa.. jd Pendakwah Islam utk betulkan kesestan pancacai2 PAS..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive