sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 21 June 2013

SERU SELURUH NEGARA ADAKAN SOLAT HAJAT LINDUNGGI NEGARA SEBENTAR LAGI !!!! @NajibRazak @MukhrizMahathir

Solat hajat lindungi negara


Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut.

Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan.

"Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

"Saya berharap semua masjid dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dikecapi sekarang tidak dirampas oleh pihak yang kecewa dengan keputusan Pilihan Umum Ke-13 lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pembangkang dilaporkan tetap berkeras mahu mengadakan perhimpunan haram itu walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan itu pada Sabtu ini.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu.

Tegas beliau, pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada.

"Kalau pemerintah tidak baik sekalipun dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat," ujarnya.

APJ : Seru kearah kebaikkan bukan seru kearah kehancuran ... 

1 comment:

Muslim said...

Al an'am yg dikawal oleh kalbun, ke mana disalak ke situlah mrk.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive