sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 30 June 2013

ITUDIAAA !!! MERCU KEGEMILANGAN KEDAH @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

SMSAH mercu kegemilangan negeri Kedah



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah apabila berjaya menempa pelbagai kejayaan cemerlang.

Seri Paduka, yang amat berbangga dengan kejayaan berkenaan, berkata sekolah yang ditubuh pada 1963 itu melahirkan ramai tokoh dan ketua kerajaan berkaliber menjadikan sekolah yang mendukung nama baginda tersohor.

"Walaupun bermula sebagai sekolah harian biasa, kemudian diangkat menjadi sekolah berasrama penuh, kejayaan sekolah ini menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah.

"Sekolah ini berevolusi menjadi sekolah elit dan seterusnya pada 2011, dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)," titah Seri Paduka pada majlis santapan malam sempena sambutan Jubli Emas SMSAH di sini.

Seri Paduka bertitah kedudukan SMSAH sebagai yang terbaik dan tertinggi antara sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah meletakkannya sebagai destinasi impian pelajar dan ibu bapa.

"Dengan kedudukan sehebat ini, beta percaya sekolah ini mampu bertahan dengan pencapaian cemerlang untuk tahun-tahun yang akan datang," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut merakam ucapan tahniah dan syabas kepada warga sekolah itu, tidak kira pendidik, pelajar atau bekas pelajar, atas segala usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa bersemangat mengharumkan nama SMSAH sepanjang tempoh 50 tahun ini.

"Oleh itu, beta menyeru agar semua warga SMSAH sentiasa berusaha mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," titah baginda.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut melancarkan Yayasan Pelajar SMSAH bagi memperkukuh kedudukan kewangan alumni sekolah berkenaan dan manfaat pelajarnya. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive