sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 20 June 2013

ISU PENEBAT KILAT !! INI JAWAPAN KEPADA GUAN ENG YANG BONGKAK !!! RASIS PADA UMNO !!!



VIDEO ATAS NI ADALAH KATA-KATA GUAN ENG YANG SALAHKAN UMNO

DAN KAT BAWAH NI ADALAH KATA-KATA DARI PEMILIK BANGGUNAN TU


Status keselamatan Menara Umno minggu depan

GEORGETOWN - Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan menghantar laporan lengkap berhubung status keselamatan bangunan itukepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Adzmi Ariffin berkata untuk tujuan itu pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Aspek keselamatan yang diteliti termasuk di kawasan luar bangunan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak berpuas hati kerana JKP gagal mematuhi jadual dalam mengalihkan saki-baki runtuhan struktur penebat kilat pada bangunan itu, Adzmi berkata pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada MPPP tengah hari tadi.

Surat itu menjelaskan mengapa kami lewat dalam mengalihkan kepingan besi berkenaan, katanya menambah JKP menjangka kerja mengalihkan sisa struktur siap hari ini juga.

Kelewatan itu menyebabkan hanya sebahagian Jalan Macalister dapat dibuka kepada lalu lintas hari ini, manakala laluan di hadapan Menara Umno masih ditutup.

Jalan itu ditutup sejak seminggu lepas susulan kejadian struktur penebat kilat Menara Umno runtuh dan menghempap jalan. Dalam kejadian 6.45 petang itu, seorang pengguna jalan raya terbunuh selepas kenderaannya dihempap serpihan konkrit.

Insiden itu juga dipercayai mengorbankan seorang lagi pengguna jalan raya selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan runtuhan struktur menimpa sebuah kereta yang sedang bergerak menyebabkan kenderaan itu terbenam jauh ke dalam tanah.

Usaha mencari mangsa bagaimanapun dihentikan pada Isnin lepas setelah pihak berkuasa bimbang kerja-kerja menggali yang sudah menjangkau kedalaman lapan meter di lokasi kejadian akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive