sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 22 May 2013

TUDIAAA !!! KETUA PEMBANGKANG KEDAH !!!! KESIAN PHAHROLRAZI !!

Amiruddin dijangka Ketua Pembangkang Dun Kedah


Ir Amiruddin Hamzah



ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dijangka bakal menggalas tanggungjawab selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah, apabila Dun Kedah bersidang bulan depan.

Amiruddin yang juga Bendahari Pas Kedah disebut-sebut sebagai pemimpin paling layak untuk berdepan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, setelah Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatannya.

Datuk Mahfuz Omar yang dilantik sebagai Pesuruhjaya menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang keuzuran, merupakan anggota Parlimen, dan tidak tersenarai sebagai Ketua Pembangkang.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh pula tidak bertanding kerusi Dun pada PRU13, termasuk Timbalan Pesuruhjaya III, Mat Isa Shafie.

Sumber dalaman Pas Kedah berkata, berdasarkan kedudukan dalam parti, Amiruddin dilihat paling layak dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah.

“Tak mungkin Azizan dilantik kerana beliau masih belum pulih sepenuhnya, kemungkinan selepas Phahrolrazi undur diri, selain Ismail dan Mat Isa yang dilihat kurang sesuai, paling layak ialah Amiruddin,” katanya.

Menurut sumber ini yang mempunyai hubungan rapat dengan Phahrolrazi, peletakan jawatan Phahrolrazi juga ada kaitan dengan jawatan Ketua Pembangkang.

“Saya andaikan Phahrolrazi tak sanggup berdepan dengan banyak isu yang beliau sendiri sebelum ini tidak serasi dengan keputusan yang dibuat oleh Azizan. Ini pasti memberi kesukaran kepada beliau untuk berhujah,” katanya.

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang dilihat drastik melepaskan jawatan sejurus Mahfuz dilantik menerajui Pas Kedah, sumber berkata, ia bukan didorong oleh perasaan ‘merajuk’ sebaliknya, sekadar memberi laluan kepada Mahfuz memilih pembantu.

“Mahfuz selaku ketua baru, ada hak pilih sendiri siapa yang dia mahukan sebagai pembantu.

"Atas faktor itu, Phahrolrazi berundur. Mahfuz perlu tubuh pasukan baru segera, bukan enam bulan lagi selepas muktamar,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu wajar segera membuat penyusunan semula termasuk gerak kerja untuk menggempur BN Kedah, dan tidak wajar menunggu sehingga enam bulan untuk lantikan semula.

“Kita tak perlu buang masa, pasukan baru patut sudah dibentuk untuk gempur pimpinan BN. Walaupun ada spekulasi dakwa Phahrolrazi letak jawatan sebab merajuk kerana tidak menyandang jawatan Pesuruhjaya, termasuk tidak sebulu dengan Mahfuz, itu persepsi pihak luar,” katanya.

Beliau turut menafikan wujud kem Phahrolrazi dan kem Mahfuz sejurus perubahan itu, sebaliknya menegaskan hanya wujud kem Phahrolrazi dan kem Azizan.

“Hubungan Phahrolrazi-Mahfuz baik dan tidak wujud kem antara mereka seperti didakwa," katanya. SINAR

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive