sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 24 April 2013

CALON PAS DUN PANCHOR MACAM NI KO WEiiiii !!!! #TukarKelantan #PRU13 #GE13 #TolakPAS

AKU ULANG KEMBALI !!! 


INIKAH CALON PAS DUN PANCHOR !!!!


Pas Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno yang ada kini berkelayakan memimpin negeri itu, apa lagi mahu menggantikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.

"Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan penyokong Pas di Padang Perdana, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini.

Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih ‘jauh’ dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas .

"Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya.


Hairan sungguh puak Pas ni, mengagung-agungkan Nik Aziz seperti dugong, apa yang hebatnya Nik Aziz ni sampaikan angkuh mendakwa tidak ada seorangpun dikalangan pemimpin Umno yang boleh menandingi Nik Aziz? Kalau ilmu Nik Aziz nak kata tinggi tak nampak pula tinggi, lagipun kalau ilmunya tinggi takkanlah pada zaman dia tu habis belajar dia jadi guru Kemas, paling kurangpun jadi mufti.

Bukan kita nak hina, tapi bila nampak Nik Aziz diangkat sampai tak ingat dunia dan akhirat, maka kita juga ada hak untuk mempertikaikannya dari mana-mana aspek yang kita merasa sangsi untuk mengakui yang Nik Aziz ni benar-benar seorang yang berilmu. Namun kalau kata ilmu mantik kita akuinya ianya memang tinggi selain ilmu putar alam dan 'mulas' perut.

Bagi contoh mudah jer, ketika mana cubaan Nik Aziz menghalau gangguan makhluk halus yang dikatakan jin api di rumah seorang nenek di Penambang beberapa bulan lalu yang terbukti gagal bahkan jin-jin tersebut semakin mengganas seakan mendapat suntikan semangat daripada Nik Aziz.

Memang betul kita hanya memohon Allah jua yang menentukannya, tapi apakah Nik Aziz turut berpegang dengan akidah seperti itu, setahu kita Nik Aziz yang sering menentukan dosa pahala orang lain, sebab tu Nik Aziz tahu 'Orang Umno solat tak dapat pahala', tak gitu ?


Jika Nik Aziz dikatakan Ulamak dan punyai ilmu yang tinggi tapi terbukti gagal menghalau jin, so apa lebihnya Nik Aziz itu ? Kerana makhluk halus ni ada hubungkait juga dengan agama, setinggi-tinggi ilmu Nik Aziz takkan tiada ayat special yang boleh menghalau jin berkenaan dari terus menggangu mangsa, setakat Ulamak cukur jambul yang tidak menampakkan kesan serta merta tu tak perlulah nak 'gebang' lebih sangat.Anda Mampu Mengubahnya


TOLAK CALON PAS PANCHOR !!!!! 

2 comments:

Anonymous said...

Hanya nak beritahu prg PAS bahawa Presiden Iran tu bukan seorang ulama.

Anonymous said...

Itu ja lah modal pencachai PAS.. duk RIAK UJUB dgn amalan Nik Najis.. moga Tuhan campak amalan org mcm ni ke muka bila di mahsyar nnti..!!

Menunjuk2 tp akhlak sndiri busuk..(nik aziz)

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive