sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 31 March 2013

PANAS !!! KUMPULAN RAJA LAWAK APA PULAK DOK KECOH NI !!!! PEHHH


DEPA TENGAH ONAIR NIH !! JOM MAI SINI DENGAQ DEPA DOK BIKIN KECOH !!!



SOKONG DEPA DI RAJALAWAK MUSIM KE7 NANTI !!! GEMPAQ BEB !!!

PANAS !!! RANCANG KEGANASAN DI 10 PUSAT PENGUNDIAN DALAM PRU 13 !! APA NI PKR !!! #PRU13


APA CERITA NI PKR ??

Seperti yang biasa mereka lakukan, Pakatan Rakyat yang menyedari pengaruh mereka semakin berkurangan akan menimbulkan kekecohan sewaktu kempen PRU serta hari pembuangan undi demi menimbulkan huru hara. Dan seperti biasa, mereka akan menyalahkan UMNO dan BN.

JOM SAMBUNG BUKTI LAGI DISINI

APJ :  Kalau dah ketua namanya Anwar Ibrahim, pengikut-pengikut pun perangai macam setan!


APA NI ??? ADA LAGI SULTAN SULU ?? BANYAK MANA LANGSUNG WEIII !!!! #LahadDatu #Pray4Sabah


Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II ibni Datu Wasik Aranan

Lepas satu, satu yang dok mengaku depa Sultan Sulu , semua dah naik pening la , yang mai serang Malaysia kata dia Sultan Sulu Kiram nak mampuih tu pun mengaku terang.terang. Ikut salasilah sultan Sulu tak ada pewaris , hurnnn ni mai mana ni ?? 

Kita tunggu tengok siapa diantara mereka ini pewaris Sultan Sulu yang sebenar, yang pastinya si Lanun tua Kiram haram jadah tu, bukan Sultan yang sebenar, dia hanya syok sendiri dan menyusahkan orang lain.

APJ : saya pun nak mengakulah kikikikiki

PANAS !!! KAT MANA YANG DOK KATA SELANGOR ADA MASALAH AIR ?? #BN4Selangor #PRU13 #TolakPR



MANA ADA MASALAH MA !!! 

MAI TENGOK SINI !!





Ingatlah rakyat Selangor, ini orang yang kata “manifesto bukan janji.”

TAK PUAS HATI MAI KITA BUKAK DISINI

GEMPAR !!! HARAKAH TAK MAU TULIS YANG NI KA ?? #GE13


Kajiselidik menunjukkan Malaysia telah mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh sasaran 2015.

Ini telah membuktikan Kerajaan Malaysia pentadbiran BN komitment di dalam mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina dan kaum India. Ianya ternyata berkesan apabila sudah tercapai sasaran sebelum tempoh yang di tetapkan.

Tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana mencapai sasaran Rancangan Malaysia ke-10 dalam masa 3 tahun lebih awal.

Sejak tahun 2009 sehingga 2012, kadar pendapatan isi rumah 3 kaum utama telah meningkat tahun demi tahun. Ini bukan satu retorik atau satu omong kosong dari Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia membuktikan bahawa Kerajaan serius membangunkan sosioekonomi negara melalui transformasi yang di bawa oleh YAB DS Najib Razak

APJ : HIDUP KERAJAAN MALAYSIA 

TUDIAAA VIDEO HOT !!! GOLONGAN ATAS PAGAR PILIH BN DI PRU13 #TolakPas #TukarKedah

Umno Kedah yakin golongan muda di negeri ini mampu ditarik untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika mereka diberikan penerangan jelas tentang kemampuan BN menerajui kerajaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata golongan muda mendengar daripada banyak pihak sebelum membuat keputusan menyokong pihak yang mana pada PRU13 dan disebabkan itu jentera BN perlu lebih giat mendekati mereka.

"Masih ramai yang belum buat keputusan (menyokong parti mana), masih atas pagar dan tak mahu dengar daripada satu pihak. Tugas kami untuk menerangkan pelbagai isu berbangkit supaya mereka yakin untuk memberi mandat kepada BN.

"Jika kami kata orang dah mula kembali kepada BN sepenuhnya, ia mungkin syok sendiri. Kami masih kena berusaha. Selain selesaikan masalah rakyat seperti masalah rumah, elektik, air, jalan, peluang pekerjaan, kebajikan, bantuan orang sakit, penerangan pun perlu diadakan," katanya kepada pemberita selepas Rali Selamatkan Kedah anjuran Pemuda BN Kedah di sini lewat malam tadi.

Katanya walaupun golongan muda suka mendapatkan maklumat daripada Internet yang mungkin sarat dengan tohmahan tetapi mereka juga mahu mendengar penerangan daripada BN secara bersemuka.

"Jangan fikir orang muda selalu emosi...mereka rasional. Mereka boleh terima fakta. Orang muda bersikap terbuka untuk terima maklumat daripada mana-mana pihak. Sana dia dengar sini pun dia dengar sebelum dia buat keputusan," katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sementara itu, Mukhriz berkata BN tetap memberikan tentangan dengan meletakkan calon yang boleh menang di kawasan-kawasan yang secara tradisinya dikuasai parti pembangkang dalam pilihan raya-pilihan raya yang lepas.

"Kawasan yang putih bagi mereka (pembangkang) tak semestinya hitam bagi kami. Kami tetap letak calon yang boleh menang. Kami tetap berusaha dapat sokongan, BN tidak pernah fikir kalah sebelum masuk gelanggang walaupun di kawasan susah sekalipun," katanya. - Bernama


PANAS !!! WOIII MAIN TERKAM PULAK DAH ABG NIH !!!

opss mana pulak nih !!




ehemmm ehemmm eheemmm 

Friday 29 March 2013

VIDEO PERANG DARI IPK SELANGOR !!! JOM SAKSIKAN #PDRM


Sempena Hari Polis 206 , IPK Selangor telah mempersembahkan sebuah pentomen sempena Hari Polis Peringkat IPK Selangor . Jom saksikan .

Sumber : PDRM Kontinjen Selangor

- TERBAIK IPK SELANGOR 

LIMA LANGKAWI : TUDIAAA KONTRAK PERTAHANAN RM 4 BILLION #TukarKedah



Langkawi: Sebanyak 24 perjanjian dimeterai Kementerian Pertahanan dengan syarikat tempatan dan asing membabitkan pelbagai aset dan perkhidmatan pertahanan bernilai RM4.27 bilion, semalam.

Ia merangkumi enam dokumen kontrak dan tiga surat setuju terima (LoA) bernilai RM548.63 juta yang dimeterai dengan lapan syarikat iaitu Joint Stock Company (JSC) Aviation Holding Company Sukhoi, Rosebank Engineering Pte Ltd, Hei Tech Padu Bhd, UniKL Resources Sdn Bhd, Telekom Malaysia (TM), Penerbangan Malaysia (MAS), BHIC Aeroservices Sdn Bhd dan BHIC Defence Techservices Sdn Bhd.

11 MoA, empat MoU

Manakala 11 Memorandum Persetujuan (MoA) dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM3.72 bilion membabitkan kerajaan Pahang, Kementerian Sumber Manusia, Puncak Niaga Holdings Bhd, Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP), Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM) dan Aerotree Defence and Services Sdn Bhd.

Majlis pemeteraian dokumen disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada hari ketiga Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2013 (LIMA ’13), semalam.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Dr Ismail Ahmad.

Kontrak dengan Aviation Holding Company Sukhoi adalah bagi membekal komponen alat ganti, membaik pulih dan sokongan teknikal untuk jet pejuang Sukhoi SU-30MKM.
SU-30MKM juga mendapat sokongan Hei Tech Padu yang akan menyediakan sistem bantuan latihan dipertingkatkan untuk operasi Sekolah Sistem SU-30MKM di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.

Rosebank Engineering pula bertanggungjawab bagi komponen alat ganti, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) dan sokongan teknikal untuk jet pejuang F/A-18 Hornet, S70 Blackhawk, Sk61 Nuri dan C130 Hercules.

Antara LoA yang dimeterai ialah dengan MAS bagi perkhidmatan penerbangan catar udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, serta penerbangan antara negeri di Malaysia Timur.

Manakala BHIC Defence Techservices pula akan menyediakan perkhidmatan MRO dan pembekalan alat ganti bagi meriam Oerlikon 35mm dan radar Skyguard untuk Tentera Darat.

Antara MoA pula ialah pelantikan AMIM sebagai peneraju industri sektor pembinaan dan pembaikan kapal.

MoA dimeterai MDSTP pula membabitkan beberapa siri perjanjian berasingan merangkumi perkongsian kerjasama menerokai dan memasuki perjanjian sah bagi penubuhan dan sokongan aktiviti membabitkan pembangunan di MDSTP dengan antaranya Artimal De System Sdn Bhd, Duromac (M) Sdn Bhd, Gem Elettronica SRI, Khadra Ventures Sdn Bhd, Italian Aerospace Research Centre, IDS Ignegneria Dei Sistemi dan Vitrociset SpA.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan MoU ditandatangani antara PWN Excellence Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Ahmad Khairul Hafiez dan Weststar Aviation Services Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jen (B) Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Sumber-Bharian Online

VIDEO PANAS : MASYARAKAT CINA PENANG TERTEKAN DAN PENANG MAKIN MENJUNAM DI BAWAH DAP !! JOM TERJAH !!! #UbahPenang #SavePenang


Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.




LAGI PANAS DI SINI WEIII  DAN DISINI JUGAK 

TAK PUAS HATI LAGI MAI DISINI LA




OP DAULAT : MILITAN PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK !! #Pray4Sabah



Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati
setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA

VIDEO EKSKLUSIF 2 : YANG TAK PERNAH KITA LIHAT PASAL TRAGEDI MEMALI !!! BUKTI DIDEDAH #TolakPas #TukarKedah





APJ : PARTI AJARAN SESAT 

TUDIAAA !!! NAJIB YAKIN MENANG 2/3 DALAM PRU13 !! TAK PERCAYA JOM TENGOK SINI !! #PRU13



Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional - peraktoday 

VIDEO EKSKLUSIF 1 : KISAH MEMALI YANG TAK PERNAH KITA TAHU DI DEDAH DEMI PENGATAHUAN UMUM !!! #TolakPas #TukarKedah





Ini video part one dari UMB News. Perkara yang tidak semua kita tahu mengenai Memali. Kita asyik mendengar cerita sebelah sana saja, rupanya Memali didalangi dengan ajaran syiah. Malah macam ada yang tak betul dikalangan orang kampung Memali ni.

Kalau mengikut Islam, kalau nak berperang, wanita dan kanak-kanak sepatutnya duduk dirumah atau tidak terlibat. Tetapi dalam insiden Memali ni, wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai duduk dibahagian hadapan.

Kita semua dapat lihat dengan jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tapi mereka yang mula bertindak aggresif menganggu polis.

Mungkin orang kampung Memali terpengaruh dengan 'amanat Haji Hadi' yang kononnya mahu menubuhkan negara Islam. Hingga pada waktu itu difatwakan mati pun syahid. Tetapi macam mana pula status 'syahid' orang kampung Memali kini? Bila Pas menukar perjuangannya kearah negara kebajikan?

Sebenarnya tidak ada erti syahid, jihad atau perjuangan Islam dalam politik Pas. Semuanya hanya temberang nak berkuasa saja. Mangsanya orang kampung dan orang-orang yang tak tahu nak berfikir. Kalau benar Pas perjuangkan Islam tak mungkin dia boleh tukar prinsip negara Islam dan hudud sekalian lama.

Untuk PRU ke 13 ni, Pas dah gugurkan hudud dan negara Islam semata-mata untuk bersama Dap. Dimana lagi Islam Pas kalau apa yang diperjuangkan dulu sanggup dibuang atas arahan Dap? Fikirlahh..



Temubual dengan bapa Ibrahim Libya:

Ternyata, bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

OP BONGKAR !!! 13 PERANCANGAN TERANCANG UNTUK ANWAR BERKUASA DALAM PRU13 TERBONGKAR #PRU13


Percaya atau tidak bahawa Anwar kini sedang mengatur beberapa konspirasi untuk meyakinkan rakyat bahawa kejahatan dan permasalahan moralnya yang benar-benar di lakukannya hanyalah satu dakwaan palsu.

Sebenarnya apa yang APJ nak kongsikan kepada anda semua merupakan 13 Konspirasi Anwar dan Pakatan Rakyat Pakatan Haram yang di gunakan dan akan di gunakan untuk selindungkan kejahatan dan permasalahan moral Anwar menjelang PRU 13. JOM KITA TENGOK !!!





Sandiwara di atas sememangnya konspirasi yang di gemari Anwar kerana ianya mampu meraih simpati rakyat dengan secara mudah.

Tidak hairan la Anwar mendakwa satu ketika dahulu dalam penjara dia pernah di suntik dengan virus HIV dan pelbagai lagi racun untuk membunuhnya tapi sehingga sekarang tak mampus-mampus lagi.




Konspirasi di atas merupakan plan yang bakal di gunakan Anwar selepas ini untuk back up plan pertamanya menggunakan keluarga Saiful Bukhari tidak memberi kesan dan tidak mampu meyakinkan rakyat bahawa dia bukan seorang kaki liwat.





















APJ : SEGALANYA TERANCANG !!! 

TUDIAA !!! PAS KEDAH GOYANG DENGAN PEMUDA UMNO KEDAH !! #TukarKedah #TolakPas


untuk membaca terus ke sini


Wednesday 27 March 2013

PEHHH !!!! VIDEO PENGARAH ICU KEDAH TIBAI PAS KEDAH !!MAMPUIH DAH #TukarKedah #TolakPas


Alor Setar- Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan ( ICU ) Jabatan Perdana Menteri bagi Negeri Kedah, Datuk Haji Azmi Bin Lateh telah mengesahkan bahawa 11 dari 12 buah Masjid baru yang di bina di Negeri Kedah merupakan peruntukan dari Kerajaan Pusat yang di salurkan melalui ICU Negeri Kedah.

Menurut Datuk Haji Azmi, Kerajaan Pusat membelanjakan hampir RM 100 Juta untuk projek-projek keagamaan di seluruh Negeri Kedah yang meliputi sama ada Masjid yang di bina baru atau yang di baik pulih, Surau yang di bina baru atau yang telah di naik tarafkan dalam masa lima tahun.

Selain itu peruntukan hampir RM 100 juta berkenaan juga di gunakan untuk di beri kepada Agama lain yang memerlukan bantuan.

Sebanyak RM 38.2 Juta dari peruntukan Kerajaan Pusat di gunakan untuk membina dua puluh dua buah Masjid Baru di seluruh Negeri Kedah termasuklah sebelah dari dua belas buah Masjid yang didakwa oleh PAS Kedah di bina oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam keseluruhan dua puluh dua buah Masjid baru yang di bina melalui peruntukan Kerajaan Pusat kepada rakyat Kedah, empat belas dari 22 buah Masjid baru telah siap di bina. Manakala 8 buah lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan



APJ : JAHAT NAK MAMPUIH PAS KEDAH 

OP DAULAT : PEJUANG KITA DITEMBAK DAN DITETAK HINGGA HAMPIR PUTUS TANGAN #LahadDatu #Pray4Sabah



Putrajaya, 26 Mac - Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu. Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.

Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu. Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.

Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk "Ayahku Seorang Perwira" hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin.- BERNAMA

APJ : JAHAT LEBIH DARI KHINZIR PENGGANAS SULU NI !!! 

HOT !!! HANG BUAT APA NI FARA ??? HOT PANAS !!! PEHH #SaveKedah










HOT HOT HOT .. HAHAHA TERBAIK LAGI HOT TOQ !!! MAI CEK MAI 

OP DAULAT : PEMBIAYA DANA PENGGANAS SULU DIKESAN #LahadDatu #Pray4Sabah




OP DAULAT: POLIS JEJAK INDIVIDU BIAYA PENGGANAS

Lahad Datu, 26 Mac - Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara. - BERNAMA

Tuesday 26 March 2013

Al-Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia - Al-Fatihah


AL FATIHAH: Ketua Polis Negara dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Al-Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (70 tahun), tokoh cendiakawan Islam yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 malam, semalam.

Allahyarham yang dilahirkan pada Februari 1943 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di kuarters International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Beliau terkenal dengan sumbangannya menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam.

Allahyarham yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2005 meninggalkan seorang balu serta 12 orang anak.

Semoga roh Allahyarham Al-Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan bersama-sama para syuhada. Al-Fatihah.

OP KANTOI !!! PAS KEDAH MENIPU RAKYAT KEDAH TERANG-TERANG #SaveKedah


Alor Setar 25/03 - Di Sebabkan inginkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera, Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim hari ini telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .

Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.

Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.



APJ : NAK MENIPU PUN AGAK-AGAK LA PAS OIII

VIDEO KENANGAN PEJUANG NEGARA ALLAHYARHAM ZULKIFLI MAMAT BUAT PERSEMBAHAN BERSAMA KOMANDO VAT69 #Pray4Sabah



Video kenangan persembahan Allahyarham Zulkifli bin Mamat (beret perang hadapan sekali) bersama-sama kumpulan VAT 69 Komando yang lain
Persembahan Gayong Perang VAT69 dan Tarian Perang Para

Monday 25 March 2013

#PDRM206 : GAMBAR DAN VIDEO SEKITAR HARI POLIS 206





      


  






APJ : SELAMAT HARI POLIS KE 206 - TABIK TUAN 

PANAS !!! VIDEO LIWAT MAHASISWA EPISOD 1, 2 DAN 3 TERSEBAR !! MAMPUIH !!!

NO 1


NO 2


DAN N0 3



KAH KAH KAH KAH .. WOIIII JANGAN MARAH AKU - TUNGGU LA GOMO YANG BAWA KELUAQ VIDEO TU !!! CEHHHH !!! 

TUDIAAA !!! APA DAH JADI DENGAN LIMA LANGKAWI NIH !! PANAS !!!


LANGKAWI: Sebanyak 226 syarikat tempatan mengesahkan penyertaan dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA 13) kali ini, menjadikannya penyertaan terbesar di kalangan syarikat tempatan sejak acara dwitahunan itu mula diperkenal pada 1991.

Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd Ahmad Dzuhri A Wahab berkata peningkatan penyertaan syarikat tempatan merupakan satu perkembangan yang baik berbanding LIMA 11, iaitu sebanyak 178 syarikat, sekali gus membuktikan perkembangan positif industri maritim dan aeroangkasa negara.

“Penyertaan syarikat tempatan amat menggalakkan berbanding LIMA 11, ia merupakan salah satu sasaran kita yang mana ingin menarik seberapa banyak penyertaan syarikat tempatan, selain penyertaan syarikat antarabangsa pada kali ini sebanyak 207 syarikat,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Ahmad Dzuhri berkata penyertaan lebih 400 syarikat dari dalam dan luar negara jelas membuktikan LIMA 13 bukan sahaja platform pameran inventori ketenteraan sebaliknya ia membuka peluang perniagaan antara syarikat tempatan dan antarabangsa.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad meninjau persiapan gerai pameran LIMA 13 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Dalam pada itu, Ahmad Dzuhri berkata sebanyak 78 pesawat dan 63 kapal turut dipamer di MIEC dan di pangkalan jeti Porto Malai.

“Kita menjangkakan semua pesawat dan kapal ini akan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Langkawi bagi memeriahkan pameran pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata LIMA 13 turut menampilkan pasukan Aerobatik 1Malaysia Krisakti dan pertunjukan udara pasukan aerobatik ‘The Smokey Bandits’ dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan pesawat tempur MIG29 serta The Russian Nights (Rusia) dan pasukan Jupiter (Indonesia).

LIMA 13 yang membuka tirai Selasa ini, dijangka melabuhkan tirai pada 30 Mac dan akan dibuka kepada orang awam pada 29 dan 30 Mac dengan bayaran tiket serendah RM10 seorang. - BERNAMA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive