sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 30 January 2013

PANAS !!! JAMIL KUIN DAN KRONI LARI LINTANG PUKANG TINGGALKAN MAJLIS #TUKARKEDAH @UMBKEDAH




                                                    6 orang ( Nam Jahanam?) yang lari dari berdepan staff KUIN yang dizalimi...!!!

Aku dengar baru-baru ni pihak Pengurusan KUIN memanggil semua staffnya untuk menjelaskan kedudukan institusi itu yang dikatakan teruk bergolak. Staff kononnya diberi jaminan bebas bertanya sebarang soalan...heh!

Pada hari tersebut, 300 staff KUIN berhimpun di dalam dewan Insaniah di Kampus Alor Setar. Bestnya, staff tidak disediakan kerusi pun! Semua kena berdiri..! Mungkin depa ingat staff tak boleh berdiri lama dan keluar cepat dari perjumpaan tu...

Atau Jamil dan kroni takut staff baling kerusi kat depa??? Kah! Kahh! Kahhhh..!!!

Maka datanglah 6 orang penting dalam pengurusan KUIN..diketuai Jamil (rektor kesayangan Azizan), 2 orang Timbalan Rektor (kroni Jamil) iaitu Wan Sulaiman dan Zakaria Man, Pendaftar dan penolongnya, Datuk Latipah (ex-penasihat dasar Kerajaan Selangor/Unisel) dan Ustaz Sayuti, serta Penolong Bendahari, Che Kartina...

Jamil hanya berucap selama lebih kurang 10 minit. Lepas tu pihak pengurusan yang lain ambik giliran masing-masing berucap. Peliknya, penjelasana yang diberikan tu tak memuaskan hati semua staff..


Staff sanggup duduk atas lantai...!!!


Antara staff yang mahu penjelasan "mengapa depa dizalimi" Jamil dan Azizan Razak?

Banyak hak staff yang mereka terima sebelum ini dinafikan. Contohnya pasal kenaikan gaji tahunan dan penyelarasan gaji 13%, termasuklah masalah pembayaran potongan zakat staff yang masih gagal diselesaikan pihak KUIN.

Paling best, semua keenam-enam Pengurusan KUIN tu LARI dari dewan selepas berucap! Dalam ertikata lain, depa lari bila diasak staff KUIN dengan soalan-soalan "maut"! Kononnya Jamil nak pi Kampus Kuala Ketil dan yang lain-lain ada meeting! Alasannnnn..heh!

Baru diajukan 3 soalan depa dah lari? Puuiiii..!!! Tak dak teloq betoiiii..!!! Ada ke patut depa panggil seorang KCS untuk jawab segala persoalan staff? Depa yang buat perangai ZALIM, tapi depa suruh KCS dalam KUIN yang jawab? Patut ka begitu?

Jamil kata, dia tak tau apa-apa pasai duit KUIN. Sebarang pertanyaan pasal duit KUIN dia suruh tanya pada Penolong Bendahari, Che Kartina. Bendahari baru pencen dan dia serah semuanya kat Che Kartina tu..



Datuk Barnie (KCS) dipaksa tenangkan perasaan staff...Jamil dan Kroni lari selamatkan diri..!!! Tahniah Datuk..


Dia tau tak siapa Che Kartina tu? Khabarnya Che Kartina tu dah diisytihar "muflis" oleh Jabatan Insolvensi. Aku tak sure pasal fakta tu, tapi rasanya boleh check dengan jabatan berkaitan. Khabarnya ada bukti yang menunjukkan begitu...

Aku hairan. Kenapa Jamil dan kroni-kroninya lari dari tanggungjawab! Kononnya pengurusan KUIN dengan staffnya bagai "ibubapa dengan anak-anak"! Tapi kenapa depa lari bila berdepan dengan "anak-anak"? Lari dari tanggungjawab?

Peliknya, di zaman BN dulu tak pernah KUIN jadi begini huru-hara...amacam? Cukup la sekali PAS Kedah huru-harakan KUIN. Staff KUIN yang rata-ratanya penyokong PAS totok pun dan serik! Bagi depa, lebih baik BN ambik balik Kedah lepas ni...heh!

-dukeofumno-

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive